Saturday, 26 October 2019

PERKHEMAHAN AGOONOREE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Negeri Sembilan telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan Agoonoree Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah berlansung pada 21-24 Oktober 2019 selama 4hari3malam di Kem PLKN Ulu Pari Aqua Village, Rembau, Negeri Sembilan.

Dua orang wakil terunggul dari PPKI SMK Mambau iaitu Jethro Chan Zhia Jin dan Rumitthira a/p Veeramany telah bersama kontingen Negeri Sembilan menyertai kira-kira 368 orang peserta lain dari seluruh Malaysia.

Perkhemahan ini padat dengan pelbagai aktiviti hebat, bermanfaat lagi menyeronokkan dan telah mendapat penyertaan aktif dari semua kontingen.

Aktiviti-aktiviti yang disusun untuk program ini adalah seperti mendirikan khemah, membuat gajet, kem kraf, kembara, khidmat masyarakat, lawatan ke muzium, sukaneka, permainan tradisional , masakan rimba, membuat kraftangan, aktiviti berhalangan , membuat kuih tradisional dan pelbagai aktiviti riadah yang lain.

Setiap peserta diberikan passport aktiviti dimana setiap aktiviti yang telah lengkap disempurnakan akan diberikan cop. Peserta mesti berdisiplin dan tidak sambil lewa untuk menyelesaikan  setiap tugasan, mematuhi setiap arahan dan peraturan kerana semuanya dinilai oleh urusetia.
Pada hari ketiga perkhemahan 50 peserta terawal yang menghantar passport yang lengkap diberikan lencana emas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jethro kerana berjaya mendapat tempat ke 13 dan Rumitthira di tempat ke 20  seterusnya secara otomatik  menjadi antara 50 yang tersenarai sebagai penerima lencana emas.

Kontingen Negeri Sembilan juga telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tarian tradisional manakala berada di tempat ketiga untuk pertandingan kem kraf.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada guru dan ppm yang turut sama berkampung bagi kelancaran program perkhemahan ini iaitu cikgu Shahina Ashikeen, cikgu Nanthamalar, cikgu Nuraisyah dan kak Wa.

Diharapkan PPKI SMK Mambau akan lebih menyerlah di perkhemahan agoonoree tahun hadapan walaupun tanpa pelajar serba boleh Rumitthira a/p Veeramany.


Memasang khemah sejurus selepas pendaftaran.







Bersama mantan penyelaras PPKI SMK Mambau iaitu cikgu Norhayati. 

Dengan passport masing-masing..

ar
Bergambar dengan gajet pintu pagar.


Masakan Rimba - Telur dalam buluh

Masak telur  dalam buluh. 3 biji telur untuk seruas buluh.



Jom rasa telur yang telah dimasak tadi.




Aktiviti berhalangan

Aktiviti merentas halangan.

Bukan senang nak seimbangkan badan atas titi yang kecil ni.




Kem Kraf

Cikgu Nuraisyah memberi taklimat kraftangan ros pandan.



Cikgu Nanthamalar menunjukkan cara-cara untuk membuat trompet dari daun kelapa.

Kraftangan jam tangan dari daun kelapa.



Tengkolok tanduk minangkabau menggunakan kain batik dan surat khabar lama .

Tengkolok Rumitthira menjadi dengan cantik.



Khidmat Masyarakat, Kembara dan Lawatan.

Bersiap sedia untuk program khidmat masyarakat, kembara dan lawatan.



Sukaneka

Sukaneka...isi air dalam botol menggunakan span.




Pertandingan Persembahan Tradisional.



Persembahan dari kontingen Negeri Sembilan yang menjadi juara dalam pertandingan ini



Majlis Penutup



Upacara penutup telah disempurnakan oleh Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali.

Jethro yang bersedia untuk mengetuai bacaan persetiaan pengakap perkhemahan Agoonoree Kebangsaan 2019

No comments:

Post a Comment