Tuesday 30 August 2022

PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN - PART 3

 22 Ogos 2022, Isnin

PERTANDINGAN KUIZ KAHOOT KEMERDEKAAN

Pertandingan ini dijalankan di makmal komputer. Soalan-soalan kuiz yang disediakan adalah bertemakan  kemerdekaan.

Selain itu, murid-murid juga dikehendaki menyelesaikan tugasan berbentuk puzzle menggunakan komputer riba masing-masing.



Syamim dah ready dah tu...





Kuiz dikendalikan oleh Cikgu Nuraisyah



























PERMAINAN COPY CAT

24 Ogos 2022, Rabu

Menambah lagi keseronokkan dalam bulan kemerdekaan ini, aktiviti permainan "copycat" ditukar menjadi satu pertandingan berdasarkan catatan masa terpantas.

Nampak mudah namun, apabila dicuba permainan ini memerlukan keseimbangan badan dan pada masa yang sama pergerakan tangan dan kaki perlu sepadan dengan gambar serta semuanya perlu dilakukan sepantas mungkin untuk capai tempoh masa yang singkat agar diambil kira sebagai pemenang.

Jom saksikan anak-anak PPKI kami beraksi...


Cikgu Sanmugam selaku guru pembimbing











AKTIVITI MEMBUAT SALAD BUAH-BUAHAN

30 Ogos 2022, Selasa

Bertempat di Dewan PPKI

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan pelbagai jenis buah-buahan, thousand island dan alatan memasak seperti pisau, bekas, papan pemotong, senduk dan sebagainya.

Sebelum aktiviti bermula, taklimat atau penerangan tentang cara-cara menyediakan menu tersebut diterangkan terlebih dahulu oleh Cikgu Malini.

Resepi Fruit Salad oleh Cikgu Malini


Setiap murid diminta untuk menamakan buah-buahan yang diberi.











Setelah selesai, murid-murid menikmati hidangan fruits salad masing-masing...yummy!!!!
















Sedap sangat ke tu Hafiz?