Thursday 30 July 2015

Karnival Kesenian & Kebudayaan P.Khas peringkat Daerah 2015..

29 Julai 2015

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas peringkat daerah telah diadakan di SMK Panchor. Acara yang telah dipertandingkan ialah Pertandingan Sobek Wau, Pertandingan Mewarna Batik dan banyak lagi.

Pada tahun ini, murid PPKI kami Nur Hamizah Binti Zaharifuddin telah buat pertama kalinya menyertai pertandingan ini di dalam kategori Pertandingan Menyobek Wau. Walaupun tidak memenangi sebarang kejayaan, namun kami berasa bangga kerana telah mempunyai pelapis dalam bidang kesenian.

Selain itu, hero kami Muhammad Zairi Bin Mokhtar telah mengharumkan nama PPKI SMK Mambau sekali lagi kerana telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Menyobek Wau kateori masalah pembelajaran. Alhamdulillah...






Saturday 11 July 2015

Jom Kacau Bubur Lambuk 2015

8 Julai 2015

Acara tahunan "Jom Kacau Bubur Lambuk" diadakan lagi pada tahun ini dengan kerjasama daripada semua warga PPKI SMK Mambau bermula daripada penyediaan bahan, proses memasak, pembungkusan dan pengagihan bubur lambuk. Program ini memupuk rasa kerjasama dan saling bantu-membantu dengan mengangkat budaya "rewang" sepanjang program ini dijalankan.


Penyediaan bahan mentah












Program ini juga merupakan program sarana ibu bapa dimana ibu-bapa yang berkesempatan juga dijemput untuk menyertai program ini dan juga integrasi bersama pelajar-pelajar perdana...terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan program "Jom Kacau Bubur Lambuk 2015".

Proses memasak bubur lambuk









Pembungkusan bubur lambuk








 Pengagihan bubur lambuk







Thursday 2 July 2015

Persaraan Pengetua, Pn.Hasmah Binti Othman..

30 Jun 2015



Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Hasmah Binti Othman bertugas sebagai Pengetua di SMK Mambau...Selamat Bersara Puan.. Kami warga PPKI SMK Mambau mendoakan semoga puan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan meniti hari persaraan dengan bahagia...

WE LOVE YOU!!!








Pelajar PPKI, Muhammad Zairi Bin Mokhtar membuat persembahan nyanyian lagu bertajuk 'Kenangan Yang Terindah'