Thursday 30 March 2017

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ROHAYA, PUAN NURUL AIDA DAN CIK NORSYAWALNITA


29 MAC 2017

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

Alhamdulillah, dengan izin dariNya,  Badan Kebajikan Guru dan PPM PPKI SMK Mambau telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Puan Rohaya (guru yang bertukar ke SMK Warisan Puteri), Puan Nurul Aida (PPM yang bertukar ke SMK Shamsuddin Nain) dan Cik Norsyawalnita (PPM yang bertukar ke SK Taman Intan Perdana,PD) . 

Majlis ini diadakan di Urban Affairs Cafe Seremban 2. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang.
Secara ringkas tentang aturcara majlis :

- Bacaan doa
- Jamuan
- Penyampaian cenderahati
- Sesi bergambar

Semoga Pn Rohaya, Pn Nurul Aida dan Cik Norsyawalnita terus cemerlang di tempat baru dan kenangan bersama warga SMK Mambau diharapkan sentiasa terpahat dihati...
Terima kasih di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada PPKI SMK Mambau selama ini. 

Jasamu dikenang....












Saturday 11 March 2017

MESYUARAT PIBG SEKOLAH-SEKOLAH DUN RANTAU


Pada 7 Mac 2017 bersamaan hari Selasa yang lalu, Mesyuarat PIBG Sekolah-sekolah Dun Rantau telah diadakan di SMK Mambau. SMK Mambau telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini untuk kali yang kedua, dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan rase berbesar hati dan bangga dua murid PPKI SMK Mambau telah dipilih untuk memberi cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato' dan Isteri. Pemilihan dua murid ini adalah berdasarkan pertandingan di peringkat sekolah. Dua murid tersebut adalah Rumitthira a/p Veeramany dan Vickneswara Roa a/l Radhakrishnan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid PPKI berkenaan. 







Monday 6 March 2017

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 26 SMK MAMBAU


5 MAC 2017

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Mambau ini telah berlangsung pada hari Ahad di Stadium USIM, Nilai.
       Seramai 12 orang murid PPKI ( 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan ) telah terlibat dengan acara larian.
                 Murid lelaki : Acara 100m
                 Murid perempuan : Acara 70m

Senarai nama pemenang adalah seperti yang berikut:

Kategori (L) 100 m - Johan : Mohd Hafiz Bin Muslim
                                  Naib johan : Jethro Chan Jian Zhi
                                  Ketiga : Jeffry Jesudass

Kategori (P) 70 m - Johan : Nurul Farhana Binti Joy Dzulkarnain
                                Naib johan : Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi
                                Ketiga : Hema Loshini A/P Veeramany

Kejohanan tamat jam 1.45 petang. Semua murid bertolak balik ke sekolah menaiki bas.