Thursday 27 April 2017

PROGRAM GILAPAN JUARA PPKI SMK MAMBAU


Debaran semakin terasa...

Hari kejohanan semakin hampir...latihan tetap diteruskan. Tahniah diucapkan kepada En Muharam dan Puan Nanthamalar yang terus bersemangat melatih atlit-atlit PPKI SMK Mambau ini. Antara murid yang terpilih untuk mewakili PPKI SMK Mambau dalam kejohanan balapan dan padang peringkat daerah ini ialah:

- Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi (kategori junior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad Hafiz Bin Muslim (kategori junior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan (kategori senior acara 100m, 200m dan lompat jauh)
- Muhammad kamal Haris Bin Hamdan ( kategori senior acara 100m, 200m dan lompat jauh)

Latihan kejohanan ini diadakan setiap hari (Isnin hingga Jumaat ) di padang sekolah bermula jam 8.00 pagi - 9.00 pagi. Pada masa yang sama, latihan turut diadakan di Komplek Belia dan Sukan, Paroi pada setiap hari Rabu jam 2.00 petang - 4.00 petang dan Khamis jam 10.30 pagi - 12.30 tengah hari.

Atlit-atlit ini turut diberi makan telur separuh masak, air milo, pisang dan air glukos pada setiap pagi untuk memberi tenaga kepada mereka bagi menjalani latihan.

Diharapkan anak-anak ini beroleh kejayaan dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban yang akan berlangsung pada 3hb - 4hb Mei 2017 nanti...


























                           



                                      Tayangan video aksi atlit semasa Sukan Paralimpik....









Tahniah atas kegigihan mu..... anak-anak PPKI SMK Mambau hebat...

Sunday 23 April 2017

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017


22 APRIL 2017

PPKI SMK Mambau telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan petanque ini iaitu 1 pasukan murid lelaki dan 1 pasukan murid perempuan. Kejohanan berlangsung di Gelanggang Petanque Port Dickson. Pasukan petanque ini adalah dibawah bimbingan dua orang guru iaitu  Pn Che Haslina dan Pn Malini. 


Pasukan lelaki : Biraj
                        Norizwan
                        Vickneswara Rao

Pasukan perempuan : Rumithira
                                 Nurul Farhana
                                 Shamsinar

Alhamdulillah, pasukan perempuan telah berjaya tersenarai dalam  16 pasukan teratas dan layak ke pusingan kalah mati. Diharapkan ini dapat menyuntik semangat murid-murid yang terlibat. Mudah-mudahan pasukan petanque PPKI SMK Mambau akan beroleh kejayaan jua suatu masa nanti.




Pengetua, Tn Hj Nor Hahim turut hadir memberi sokongan.

















Friday 21 April 2017

JUMBLE SALE...


       Tarikh  :  19 April 2017
Hari : Rabu
Masa : 2.30 ptg

  Kelab Mutiara Hati PPKI SMK Mambau,
telah menyertai Jumble Sale sempena Minggu Teknik dan Vokasional peringkat sekolah 
SMK Mambau.










Add caption



Sunday 16 April 2017

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SMK MAMBAU 2017

14 HINGGA 15 APRIL 2017

        Seramai 9 orang murid PPKI (ahli pengakap) telah terpilih untuk menyertai perkhemahan perdana ini iaitu 5 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Mereka ialah:

1. Jetro Chan Jian Zhi
2. Muhammad Daniel haiqal Bin Hamdan
3. Muhammad Kamal Haris Bin Hamdan
4. Muhammad Hafiz Bin Muslim
5. Muhammad Norizwan Bin Ramli
6. hema Loshini A/P Veeramany
7. Rumithira A/P Veeramany
8. Wong Siow Wei
9. Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi

Puan Che Haslina Ch Rani dilantik sebagai kem komandan PPKI. Perkhemahan perdana ini secara tidak langsung dapat meningkatkan interaksi antara murid berkeperluan khas (MBK) dengan murid aliran perdana.

Ujian untuk mendapatkan lencana kepandaian pengakap juga dijalankan semasa perkhemahan ini.

Aktiviti perkhemahan termasuklah...

 - Istiadat menaikkan bendera
-  Solat berjemaah dan tazkirah
-  Riadah dan senaman pagi
-  Majlis perasmian
-  Ujian lencana kepandaian kategori perkhidmatan (pengurus rumah)
-  Ujian lencana kepandaian kategori kegemaran (ahli kraftangan)
-  Ujian lencana kepandaian kategori kegemaran (pembaca buku)


























Bersama Pn Suhana bt Sabran (PK Kokurikulum SMK Mambau)



Semoga perkhemahan perdana ini memberi pengalaman yang berharga buat anak-anak ini. Dengan izin Allah SWT, sokongan daripada Cik Hajah Rahimah (PK PPKI) dan gabungan tenaga daripada semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) menjadikan perkhemahan ini berjalan dengan jayanya. Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan...

                                                             ALHAMDULILLAH...