Sunday 15 September 2019

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN PENGAKAP PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2019


Perkhemahan yang  berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 12hb - 14hb September 2019 di Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 5 orang pengakap PPKI SMK Mambau telah menyertai perkhemahan ini iaitu ..

1. Jethro Chan Jian Zhi
2. Navanitan A/L Wilson
3. Rumithira A/P Veeramany
4. Hemaloshinii A/P Veeramany
5. Muhammad Norizwan Bin Ramli

Guru pengiring yang turut serta ialah Cikgu Shahina Ashikeen Binti Hj Jamil dan Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli.

Jumlah keseluruhan peserta perkhemahan kemahiran pengakap peringkat negeri ini ialah seramai 320 pengakap dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Pendaftaran bermula jam 3.00 petang pada 12 September 2019.

Pelbagai aktiviti dalam perkhemahan ini, antaranya buku log/laporan/carta organisasi, taklimat perkhemahan dan agihan kumpulan, latihan tali temali, pertolongan cemas, isyarat sulit, kawad kaki, kawad tongkat, tempat berteduh, jerat, istiadat bendera, gajet, kem kraf, orienteering, ikatan, wogel, nyanyian patriotik dan khidmat masyarakat.

Jadual padat dengan pelbagai aktiviti kemahiran.

Setiap malam jam 1.30 pagi barulah masing-masing dapat tidur di dalam khemah yang sememangnya dalam suasana yang sangat sejuk kerana tapak khemah kami dikelilingi hutan dan belukar.

Berkumpul untuk sesi taklimat perkhemahan dan agihan kumpulan.

Taklimat perkhemahan disampaikan oleh Tuan Nizam

Memasang khemah "tempat  tidur" untuk 3 hari 2 malam.

Hemaloshinii (kiri) dan kakaknya Rumithira (kanan)

Terima kasih sudi pasangkan khemah cikgu sekali...love uuuuu..


Selepas itu, semua pelajar minum petang, mandi/urus diri, solat maghrib, solat isyak dan makan malam.

Selesai makan malam, bermula lah aktiviti kemahiran...

Aktiviti tali temali/ ikatan 


Jethro, pleaseeee...jangan tunjuk sangat muka stress awak tu ye..



Slot pertolongan cemas



Selepas slot pertolongan cemas, peserta mengikuti slot isyarat sulit pula.

Selepas itu, minum malam, kemudian, barulah semua peserta balik ke khemah untuk tidur kira-kira jam 1.30 pagi.


Tidur dalam khemah di waktu malam sangat lah sejuk. Ditambah dengan keadaan tapak khemah yang tak rata. Sakit badan dibuatnya.

Khemah peserta pula meriah dengan suara bersembang tanpa henti diselang selikan dengan gelak ketawa walaupun dah lewat malam.

Tiada istilah "lena" tidur malam ni...hmmmmm....bertabahlah cikgu...

Selesai aktiviti hari pertama.


HARI KEDUA.. (13 September 2019)

Seawal jam 5.00 pagi semua peserta bangun bersihkan diri untuk mandi, solat subuh,riadah dan terus berpakaian pengakap lengkap untuk aktiviti kawad kaki/kawad tongkat dan istiadat bendera.



Serius bebenor la abang Jethro kita ni..sekali pandang cam pengawal istana daaaa..

Happy je abang berdua ni..(izwan dan nava)...Camtu laaaa...



Peserta mendengar penerangan daripada jurulatih tentang cara membuat tempat berteduh.


Demonstrasi membuat tempat berteduh oleh jurulatih-jurulatih.


Hampir siap..




Setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 patrol dikehendaki membuat tempat berteduh seperti yang telah ditunjukkan.

Bagus Nava ni, cepat dia belajar cara nak mengikat.


Good job Nava!









Daun-daun disusun dan diikat untuk dijadikan atap/bumbung tempat berteduh.

Agak-agak ada berani tak nak duduk berteduh kat sini?hehe..

Haa.....ada rupa tempat berteduh tak? hehe.. Jadilah anak-anak..Apa yang penting ialah sikap rajin berusaha,  tolong-menolong dan bekerjasama dalam kumpulan.. tahniah semuaaa... Hasil gabungan tenaga  patrol 1 dan 2.

Tepat jam 12.00 tengah hari semua peserta berhenti untuk berehat. Manakala peserta lelaki muslim pula ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Selepas makan tengah hari, aktiviti seterusnya bermula iaitu aktiviti orienteering di mana peserta diajar cara menggunakan kompas, dan membaca bearing kompas tentang sesuatu kedudukan yang dinyatakan.






 Jam 5.00 petang, peserta minum petang dan selepas itu, semua peserta perlu bergerak ke tapak tempat berteduh (gajet) yang telah dibuat pada sebelah pagi untuk kerja-kerja pemurnian.

Pada sebelah malam pula, selepas makan malam aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan. Semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja. 

Pengakap kanak-kanak terlibat dengan tarian hutan, pengakap muda terlibat dengan nyanyian patriotik dan pengakap remaja terlibat dengan tarian tradisional.

Pengakap PPKI kami ialah kategori pengakap muda.



Pelbagai lagu patriotik berkumandang dalam suasana malam yang agak berjerebu ni...hehe..Bersemangat betul.! Siap kibar bendera lagi tu..Syabas!

Apa yang menarik ialah lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan itu  dinyanyikan beserta dengan gaya sekali secara beramai-ramai. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah tanggal 31, keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Warisan dan Saya Anak Malaysia.

Kemudian, peserta minum malam. Menu yang disajikan agak western malam ni iaitu sosej dan jagung rebus.

Selesai minum malam, aktiviti membuat ikatan wogel pula.









Haa.. lepas ni dah tak payah nak beli wogel lagi dah. Buat sendiri je ye...

Jam 1.30 pagi barulah ke khemah untuk tidur.

Haaa...suasana di khemah malam ni berbeza dengan malam sebelumnya..
Sunyi sepi . Tiada lagi bunyi suara atau gelak ketawa. Terlalu letih dengan aktiviti siang tadi agaknya yang menyebabkan mereka terus terlena walaupun malam ni hujan turun menambahkan lagi kesejukkan.

HARI KETIGA..... (14 September 2019)

Bangun pagi seperti biasa, bersihkan diri, solat subuh, riadah, kawad dan istiadat bendera. Kemudian, sarapan pagi.

Aktiviti terakhir sebelum majlis penutup ialah aktiviti khidmat masyarakat. Tujuan untuk membesarkan sungai dengan harapan air dapat mengalir dengan lebih  laju iaitu dengan cara mengalihkan batu-batu yang ada dalam sungai tersebut.

Batu-batu tersebut dipindahkan ke pagar depan kem untuk tujuan hiasan. 

Peserta berbaris dalam satu barisan yang panjang bermula dari sungai hingga ke pintu pagar depan kem.



Hati-hati angkat batu tu ye... jangan sampai jatuh terkena kaki.

Batu sungai disusun di depan pagar kem.

Kemudian, semua peserta bergerak ke khemah masing-masing untuk membuka khemah dan mengemas alatan serta membersihkan tapak khemah.

Cikgu hanya memantau tanpa perlu membantu kerana masing-masing dah tau cara yang betul untuk  melipat dan menggulung khemah. Bagus anak-anak PPKI SMK Mambau ni.

Bergambar dulu sebelum majlis penutup bermula. Gambar jejak kasih namanya ni...hehe..Tinggal dua orang je dalam gambar ni yang masih lagi berkhidmat di SMK Mambau. Namun, kami pernah bersama-sama suatu masa dulu.. Bertemu semula di kem pengakap.
Bergambar di batu-batu sungai yang kami susun tadi.

Penyampaian sijil oleh Tuan Amir Fuad Bin Mohd Dom (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri)

Penerima sijil (Rumithiira) wakil pelajar PPKI SMK Mambau.

Selesai majlis penutup, semua peserta makan tengah hari terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah...

Alhamdulillah selesai dengan jayanya dan semuanya berjalan lancar serta tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perkhemahan ini.

Semoga segala ilmu yang dipelajari di sini dan pengalaman yang dirasai sepanjang 3 hari 2 malam di kem pengakap ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dapat diaplikasikan dan dibawa ke sekolah untuk dikongsi ilmu itu bersama-sama rakan yang lain.

Tahniah semua.....

Ok..balik rumah, bersihkan diri dan malam ni boleh tidur atas tilam yang empuk, selimut yang tebal dan tidur dengan lenanya...

Syukur Ya Allah masih lagi diberi merasai nikmat itu. 

Sekian...SALAM PENGAKAP!