Pada 7 Ogos 2019, telah diadakan satu 'outdoor activity' iaitu lawatan ke Lenggeng Eco Agro Farm yang terletak di Kampung Sungai Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Mendengarkan namanya sahaja, kita pasti teruja dan dapat mengagak apakah aktiviti yang ditawarkan.
Memang benar, hari ini pelajar PPKI SMK Mambau berpeluang berinteraksi dengan binatang-binatang yang ada di sini. Diantaranya ialah lembu, rusa, arnab, kambing, unta, burung unta, kuda, angsa, burung dan ikan keli.
Setibanya di sini, kami disambut mesra oleh beberapa orang staf dan sedikit taklimat diberikan sebelum aktiviti dimulakan.
Tanpa berlengah, kami di bawa ke stesen yang pertama. Aktiviti di sini ialah memerah susu lembu.
Cara yang ditunjukkan merupakan cara manual menggunakan tangan dan bukan dengan mesin. Teknik memerah mestilah betul, cuma 3 jari sahaja yang dibenarkan.
Ini bertujuan untuk melancarkan aliran susu dan mengelakkan kecederaan pada bahagian tertentu lembu berkenaan.
|
Guna 3 jari SAHAJA ! |
|
Demonstrasi memerah susu lembu |
Selesai demo, maka bergilir-gilirlah kami memerah susu lembu. Macam-macam aksi ada, yang rilek dan berani, ada juga yang takut dan geli . Semuanya jelas terpapar pada wajah masing-masing jadi anda nilai kan sendiri.
|
Seronok 😆 |
|
Blur 😑 |
|
Cemas, nasib baik tak menangis 😁 |
|
Marah ke 😋 |
|
Berhati-hati 😊 |
|
Santai 😜 |
|
Takut 😱 |
|
Geli 😕 |
|
ohhh yakinnya kamu 😆 |
|
Cuak 😉 |
|
Excited 😎 |
|
happy 😊 |
Guru-guru dan ppm pun tak terkecuali, kena buat dan rasai sendiri. Peluang sebegini bukan senang nak dapat.
|
Berdebar -debar ke tu 😉 |
|
Macam dah biasa dengan kerja ni 😛 |
|
Gaya tersendiri 😃 |
|
Ini mengerikan 😝 |
|
Tak perlu duduk pun ok jer 😉 |
|
Rileks 😄 |
Susu yang diperah tadi boleh terus diberi kepada anak lembu ini. Kurus nya, nampak macam tak cukup minum susu.
Sebelum ke stesen seterusnya, kami berpeluang untuk memberi makan kepada rusa bersebelahan dengan kandang lembu.
Selain rusa, kambing pun ada. Tidak terkecuali si kerbau balau.
|
Kerbau balau albino, sangat rare kan... |
|
Bergambar is compulsory hehehe |
|
sayang sekali imej kurang jelas... |
Stesen kedua pula kami ditunjukkan penghasilan sabun menggunakan susu lembu segar. Sangat kreatif dan inovatif.
Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah, susu lembu asli lagi segar, sabun tulen, pewarna dan acuan ikut pilihan sendiri.
Langkah pertama, susu segar dan sabun tulen dimasak menggunakan teknik double boil.
Setelah semua bahan larut, letakkan pewarna, kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disediakan.
Biarkan sehingga 2 jam supaya sabun tadi keras. Selepas itu boleh lah di keluarkan dari acuan tersebut dan sabun susu lembu is done !!!
Kemudian kami dibawa ke tempat pembiakan arnab.
Arnab terbahagi kepada 3 jenis iaitu Giant Rabbit, Pet Rabbit dan Fur Rabbit. Arnab terkategori dalam kumpulan mamalia, melahirkan anak dan janka hayat nya sekitar 8 - 12 tahun.
Arnab yang berusia 1 hari, mata tertutup rapat, berwarna pink dan hitam, bergantung penuh pada susu dan sangat 'fragile'.
Pada usia 7 hari , bulu nya sudah mula tumbuh, samada berwarna kelabu, putih, hitam atau coklat. Mata masih tertutup dan bergantung penuh pada susu.
Pada usia 14 hari, mata telah mula terbuka, boleh makan makanan pejal dan susu.
Dusia 30 hari.sudah mula melompat, makan makanan pejal dan sedia untuk di asingkan dari ibunya.
Stesen berikutnya ialah Longkang Fish Station. Di sini kami berpeluang untuk menangkap anak ikan yang bebas berenang di longkang itu menggunakan net yang disediakan. Bukan mudah sebab ikan ni pantas berenang.
Kemudian kami berpeluang untuk menaiki jambatan gantung yang dinamakan Lenggeng Hanging Bridge. Semua meniti dengan yakin dan tiada yang gayat. Semua berani belaka.
Syabas ye anak-anak semua.
/
Aktiviti terhenti seketika untuk sesi makan tengahari. Kemudian kami meneruskan aktiviti 'animal feeding' yang sangat menyeronokkan.
Masing-masing merasai sendiri menyuapkan karot ke mulut unta , memang satu pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Selain unta, terdapat juga arnab, burung unta, merak, kaldai, kuda, itik angsa, ayam kampung, kambing dan ikan keli.
|
Seekor unta yang sedang merindui padang pasir |
|
Kesian sebab terpaksa makan karot . 'western' sangat unta ni. |
|
Sang Arnab sahaja, tanpa Sang Kura-kura |
|
Jangan malu, sila makan |
|
Burung unta |
|
Si Merak 'kayangan' |
|
Keldai...tapi kenapa nampak sugul |
|
Kuda |
|
Ayam kampung |
|
Itik angsa, awas sebelum kena 'sudu' |
|
Burung merpati |
Selesai memberi makan pada binatang-binatang ini makan berakhirlah lawatan sehari ke animal farm ini.
Sungguhpun penat tapi sangat menyeronokkan dan banyak ilmu serta perkara baru yang dipelajari di sini.
|
Seperti selalu, sebelum balik wajib bergambar. |
|
yeahhh free style....sampai jumpa lagi...bye-bye.... |
No comments:
Post a Comment