Wednesday 6 February 2013

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN 1/2013


Mesyuarat badan kebajikan 1/2013 telah diadakan di Bilik Bengkel Pusat Kegiatan Guru Mambau. Mesyuarat ini diadakan diantara warga PPKI dan ibu-bapa pelajar PPKI SMK Mambau. Beberapa agenda penting seperti takwim 2013,aktiviti tahunan,dan kedudukan kewangan kebajikan dibentangkan di dalam mesyuarat ini.

Selain itu juga, warga PPKI menjemput  wakil daripada Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan untuk membuat sedikit penerangan mengenai program-program yang ditawarkan pihak mereka. Penerangan yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang halatuju pelajar-pelajar OKU selepas mereka tamat program pendidikan khas di SMK Mambau.