Tuesday 29 March 2016

PROGRAM TRANSISI KERJAYA - BUIH-BUIH MUTIARA HATI

24 MAC 2016

Pada tahun ini, PPKI SMK Mambau telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Program Transisi Kerjaya - CAR WASH bagi murid-murid PPKI. Program ini telah di pimpin oleh Cikgu Mohd Zabid bin Omar juga merangkap sebagai jurulatih utama bagi program ini. Turut dibantu oleh guru-guru PPKI yang lain bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Perkhidmatan Car Wash ini ditawarkan kepada semua warga SMK Mambau dan tidak terhad kepada warga PPKI sahaja. Melalui program ini, murid PPKI yang berpotensi boleh dilatih untuk menghadapi alam pekerjaan di masa akan datang.

Majlis pelancaran Program Transisi Kerjaya - Buih-Buih Mutiara Hati ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nor Hashim bin Othman, Pengetua Cemerlang SMK Mambau pada 24 Mac 2016 (Khamis). Moga dengan adanya program seperti ini, masa depan murid-murid PPKI lebih terjamin dengan kemahiran yang telah diberikan ketika persekolahan mereka.


BUTIRAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA BUIH-BUIH MUTIARA HATI

HARI : Khamis

MASA : 7.30 pagi - 10.00 pagi

PERKHIDMATAN : -Mencuci kereta (Luar dan dalam)
            - Mencuci motosikal

Harga : Kereta sedan - RM 8
               Kereta MPV - RM 10
          Motosikal - RM 3
                                                                 








Sunday 20 March 2016

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARASAN PPM DAERAH REMBAU KE SMK MAMBAU


17 Mac 2016

Pada hari ini PPKI SMK Mambau telah menerima kunjungan dari Pembantu Pengurusan Murid (PPM) daripada sekolah-sekolah daerah Rembau seramai 20 orang termasuk Pegawai daripada PPD daerah Rembau. 

Lawatan penandaarasan ini diadakan oleh pihak PPD Rembau untuk memberi peluang kepada PPM Rembau melihat bagaimana sistem pembahagian kerja yang dijalankan di PPKI SMK Mambau seterusnya melihat aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sini. Selain itu juga lawatan penandaarasan ini difokuskan kepada sistem pengurusan fail, sistem pengurusan stok dan pembahagian kerja di dalam aktiviti-aktiviti PPKI SMK Mambau.

Lawatan penandaarasan seperti ini sangat baik dilakukan kerana pada masa ini PPM dapat berkongsi ilmu dan cerita mengenai bidang kerja masing-masing serta dapat mewujudkan pertalian silaturahim yang baik di antara semua PPM. 

Pihak PPKI SMK Mambau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Rozita, Pegawai PPD Rembau serta semua Pembantu Pengurusan Murid Daerah Rembau yang telah hadir ke PPKI SMK Mambau dan diharap dapat memafkan segala kekurangan yang terdapat sepanjang program ini...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


















Barisan PPM SMK Mambau bersama PK PPKI SMK Mambau, Cik Rahimah Binti Shamsuddin

Bergambar kenangan bersama Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Encik Norhashim Bin Othman