Tuesday 3 December 2013

Jambori Pengakap Antarabangsa 2013 di Johor


 25th Johor International Jamboree 2013telah diadakan di Hutan Bandar Putra Camp, Kulaijaya, Johor. Program ini diadakan selama 6 hari bermula 16-21 November 2013 dan telah diwakili oleh 3 pelajar PPKI.













25th Johor International Jamboree 2013 bertujuan untuk mewujudkan rangkaian hubungan, persahabatan dan persaudaraan dalam pengakap di semua peringkat - domestik dan antarabangsa. Cita-cita untuk membina kapasiti golongan muda melalui persahabatan global dan pendedahan melalui pertemuan besar-besaran itu adalah intipati untuk melahirkan modal insan kelas pertama untuk dunia. Ia juga merupakan kemuncak sambutan ulang tahun ke-25 penglibatan Johor dalam menganjurkan Jambori. 

Wednesday 30 October 2013

Program Pemantapan Kurikulum dan Kokurikulum

Progam PPKK merupakan program yang julung kali  dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau untuk Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang telah berjaya dilangsungkan di Star Fresh Agro Park pada 24 & 25 Oktober 2013.

 Dalam Program PPKK ini, para peserta telah diberi pendedahan dengan aktiviti yang berteraskan alam semulajadi dan pekebunan atau agro. 











 Antara yang menarik ialah  aktiviti memetik buah, membuat jam buah belimbing, berkhemah, meredah hutan mencari harta karun.  Program ini telah melibatkan seramai 24 orang pelajar PPKI SMK Mambau dan telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri dari guru –guru  PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid serta dibantu oleh staf Star Fresh Agro Park.  Bahasa pengantar semasa memberi arahan ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.






    Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid  PPKI SMK Mambau bukan sahaja mendapat pendedahan serta pengalaman secara langsung tentang alam sekitar dan pekebunan   dan ilmu pengetahuan dan penghayatan kepentingan alam sekitar, malah bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada bumi Malaysia yang subur dan justeru itu, program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta.

Thursday 10 October 2013

Program Gilapan Juara 2013

Program Gilapan Juara dijalankan sepanjang tahun bertujuan untuk memberi peluang  kepada pelajar PPKI meneroka potensi diri mereka dan mengetahui sejauh mana keupayaan diri mereka. 

Sebagaimana yang kita tahu sukan adalah medan untuk diri dan menyerlahkan bakat masing-masing ke arah mencapai kejayaan yang  lebih cemerlang pada masa depan. Antara pelajar yang terlibat ialah :



1
DINESH RAJA A/L THAMBIRAJA
BALAPAN
2
VELVARUBAN A/L ARUNASALAM
BALAPAN
3
NAVEEN KUMAR A/L PARAMASIVA
BALAPAN
4
KOGILAVANI A/P ANBU ASHAKAN
BALAPAN
5
JESICCA MARIYA A/P KENNY ALBERT
BALAPAN
6
MUHAMAD KAMAL HARIS B. HAMDAN
BALAPAN
7
NOOR FARHANA ANISHA BT ZAKI
BALAPAN
8
MUHAMAD FAIZ AKMAL B. ABDUL MUTALIB
PADANG
9
MUHAMMAD ZAIRI B. MOKHTAR
PADANG
10
PAVITIRAN A/L GANAPATHY
PADANG
11
KOGILAVANI A/P ANBU ASHAKAN
PADANG
12
HANI SHAHIRA BT ABDULLAH
PADANG
13
NURUL FATINI BT NOR AZMAN
PADANG

Berdasarkan Pencapaian Program Gilapan Juara yang dijalankan, dapat dilihat terdapat peningkatan dari segi penyertaan dan kejayaan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya dapat dilihat pada tahun 2012 sebelum Gilapan Juara dilaksanakan hanya 4 orang pelajar sahaja yang menyertai Acara Sukan dan Balapan Peringkat Daerah. Selepas Gilapan Juara diperkenalkan, Seramai 9 orang pelajar layak menyertai Acara Sukan dan Balapan di Peringkat Daerah dan 3 orang daripada mereka dapat mewakili negeri. Terbukti program memberi ini kesan yang positif dalam meningkatkan potensi diri dan pencapaian pelajar dalam bidang sukan. 








Saturday 14 September 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia


PPKI SMK Mambau telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan jayanya. Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi mengisi bulan kemerdekaan ini. Antaranya ialah menyanyikan lagu-lagu patriotik, mendeklamasikan sajak, mewarnakan bendera Malaysia, perarakan kemerdekaan dengan pemakaian bendera Malaysia sebagai pakaian-pakaian tradisional. 










Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan warga PPKI SMK Mambau dan memberi kesedaran kepada warga PPKI betapa pentingnya semangat perpaduan antara kaum bagi memastikan negara Malaysia sentiasa aman dan tenteram.

Thursday 29 August 2013

Rumah Terbuka PPKI 2013


Pahit Manis Sama Dirasa,
Tiada Yang Terpinggir,
Tiada Yang Tertinggal...

Program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid PPKI SMKM merasai keindahan dan kenikmatan Aidilfitri. Program yang dianjurkan ini sememangnya menyediakan  ruang yang luas untuk murid-murid PPKI mendekati masyarakat di sekitar mereka. Melalui program ini juga, pihak PPKI dapat menghubungkan tali silaturrahim sesama insan terutama ibu bapa pelajar,bermaaf-maafan dan dapat bersama-sama tetamu menikmati juadah hari raya dalam suasana yang harmoni. Disamping itu program ini bertujuan untuk meraikan warga emas dalam usaha menyokong Dasar Warga Emas Negara.







Friday 2 August 2013

Program Bubur Lambuk


Program bubur lambuk menjadi aktiviti tahunan bagi PPKI SMK Mambau. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelajar dan guru-guru. Selain itu program ini melatih warga PPKI mengamalkan sikap saling menyayangi kepada yang kurang berkemampuan dan saling bantu membantu.




Pada tahun ini sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah disediakan. Semua pelajar dan guru-guru telah terlibat bekerjasama dari proses penyediaan bahan sehingga bubur lambuk masak,dibungkus dan diedarkan kepada seluruh warga PPKI. Selain itu bubur lambuk juga diedarkan kepada guru-guru aliran perdana dan staf-staf sokongan SMK Mambau. 






Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung termasuk ibu-bapa pelajar PPKI yang menyumbangkan bahan-bahan untuk program bubur lambuk ini.

Sunday 28 July 2013

Program Iftar Jamai'e




Program Iftar Jamai'e atau berbuka puasa ini diadakan pada 26 Julai 2013, jam 6.30 ptg hingga 9.30 mlm di Hotel Sutera, Seremban 2.



Program ini melibatkan kesemua  45 murid PPKI, 11 guru PPKI dan 3 PPM. Selain itu, program telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengetua SMK Mambau dan beberapa ibu-bapa yang hadir bersama-sama anak mereka.




Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T . Diharapkan pelaksanaan program Iftar Jamaie ini dapat memberi kesan positif kepada para pelajar dalam mengamalkan segala amalan yang dituntut Islam disamping meningkatkan semangat perpaduan antara kaum dan saling hormat-menghormati agama dan budaya pelbagai kaum. Semoga program ini akan terus menjadi acara tahunan dan berjalan dengan lebih baik lagi. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Wednesday 24 July 2013

Program Kuih Raya 2013



Program Kuih Raya adalah satu aktiviti yang dirancang oleh guru-guru dan PPM PPKI sempena bulan Ramadhan bagi membantu para pelajar membuat persediaan menjelang Hari Raya.




Melalui program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar mendalami kemahiran membuat kuih sempena persediaan menyambut Hari Raya. Aktiviti ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan proses mengingat. Disamping itu menjadi harapan bagi guru-guru agar aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara guru dan para pelajar.




Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T. Diharapkan segala ilmu membuat kuih yang diberioleh guru-guru kepada para pelajar akan member manfaat apabila mereka tamat alam persekolahan nanti. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Friday 5 July 2013

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 3 Julai 2013 bertempat di PKG Mambau. Program ini diadakan untuk memastikan setiap murid muslim PPKI SMK Mambau dapat melafazkan niat puasa dan niat berbuka puasa. Selain itu juga pelajar-pelajar didedahkan dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan cara melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

PPKI SMK Mambau dengan berbesar hati telah menjemput Ustaz Abdul Hafiz Bin Azarai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk mengisi slot ceramah untuk program ini. Selain daripada pelajar-pelajar PPKI SMK Mambau yang terlibat dengan ceramah ini,pelajar-pelajar peralihan SMK Mambau juga turut memeriahkan program ini. Kuiz menguji minda mengenai isi ceramah juga telah dibuat.







Program ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan memberi pengetahuan kepada semua yang terlibat. Diharap pada tahun hadapan program ini akan dilaksanakan lagi.