Tuesday 31 May 2016

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016 DAN PROGRAM KEROHANIAN 2016


27 MEI 2016

Program Ihya Ramadhan dan Program Kerohanian 2016 telah diadakan pada 27 Mei 2016 (Jumaat) yang lalu. Program ini diadakan bersempana dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi bagi murid beragama Islam. Bagi murid bukan beragama Islam satu program kerohanian turut dilaksanakan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi warga PPKI SMKM mengadakan program Ihya' Ramadhan setiap tahun bagi memberi peringatan dan pengukuhan yang lebih lagi bagi murid-murid PPKI dalam menjalani ibadah puasa. Program ini melibatkan seramai 23 orang murid PPKI beragama Islam dan 7 orang murid Islam dari kelas Tingkatan 1 arus perdana. 

Pada tahun ini, bagi Program Ihya' Ramadhan, ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anis bin Mohd Ismail (Imam Masjid Jamek, Rantau Negeri Sembilan). Perkongsian yang disampaikan dapat membantu murid-murid PPKI SMKM menjalani ibadah puasa dengan jayanya. 

Bagi program Kerohanian pula, seramai 22 orang murid PPKI bukan beragama Islam terlibat dalam program ini. Puan Kogilavaani A/P Sadasivam (Kaunselor SMK Mambau) merupakan penceramah jemputan bagi program kerohanian. Pengisian dalam program ini membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Kedua-dua program ini dijalankan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) SMK Mambau. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim bin Othman. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PPKI SMKM yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 'SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM'


PROGRAM IHYA' RAMADHAN

  





PROGRAM KEROHANIAN







MAJLIS PENUTUP







Saturday 28 May 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR - BULAN JANUARI HINGGA JUN

25 MEI 2016

Bagi meraikan murid-murid PPKI SMKM, satu majlis sambutan hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Majlis ini telah diadakan pada 25 Mei 2016 ( Rabu) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) SMK Mambau. Murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun telah dirai dengan acara menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dan acara memotong kek. Mereka turut dihidangkan dengan hidangan Pizza daripada Domino's Pizza. Jelas terpancar keriangan dan kegembiraan diwajah murid-murid PPKI SMKM apabila diraikan hari jadi mereka bersama kawan-kawan.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah PK Pendidikan Khas, Cik Hajah Rahimah binti Shamsuddin dan guru PPKI, Puan Che Haslina binti Ch Rani yang berkongsi bulan lahir dengan murid-murid PPKI iaitu pada bulan Mei. Meskipun majlis ini sederhana sahaja, tetapi memberi kesan kepada murid-murid PPKI. Mereka lebih bersemangat untuk bersekolah kerana rasa mereka disayangi dan dihargai di sekolah. 

Semua warga PPKI SMKM mengucapkan:





















Thursday 26 May 2016

NEGERI SEMBILAN ICT CHALLENGES FOR SPECIAL NEEDS (NSICT) 2016

17 & 18 MEI 2016

Negeri Sembilan ICT Challenges For Special Needs (NSICT) 2016 telah berlangsung pada 17 hingga 18 Mei 2016 di SMK Bandar Baru Sendayan. PPKI SMK Mambau turut melepaskan peluang dalam pertandingan ini. Muhammad Firas Salinder bin Muhammad Firdaus Salinder telah mewakili PPKI SMKM dalam pertandingan ini. 

3 orang guru dan 1 orang pembantu murid (PPM) yang terlibat sebagai guru pengiring dalam pertandingan ini ialah Cik Hajjah Rahimah binti Samsuddin (PK PPKI), Puan Rohaya binti Bidin, Cik Siti Noroni binti Omar dan Cik Norsyawalnita binti Alias (PPM). Guru-guru dan PPM yang terlibat turut menjalankan tugas sebagai AJK Fotografi.

Syukur alhamdulilah, kejayaan memihak kepada kami. Wakil PPKI SMKM, Muhammad Firas Salinder telah berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan NSICT 2016 ini. 
SYABAS DAN TAHNIAH!!!!!



















Wednesday 25 May 2016

LDP TEAMBUILDING PPKI SMK MAMBAU 2016

21-22 Mei 2016

Buat julung kalinya PPKI SMK Mambau telah mengadakan Program LDP Teambuilding bagi semua guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid. Program ini juga telah disertai oleh Pembantu Makmal SMK Mambau. Program ini telah diadakan di Primaland Convention Centre, Port Dickson dan telah berlangsung selama 2 hari 1 malam.

Objektif program ini ialah meningkatkan kemampuan peserta untuk bekerja dalam kumpulan serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri peserta akan kemampuan diri. Selain itu meningkatkan kebersamaan dan rasa saling percaya antara satu sama lain.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Transformasi Keterampilan dan Pengucapan Awam. Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS, Pn. Jamilah Binti Kadir telah meluangkan masa untuk berkongsi pengalamannya mengenai transformasi keterampilan. Pihak PPKI SMK Mambau juga telah menjemput jurusolek profesional untuk menyampaikan ilmu menata rias wajah bagi memenuhi slot ini. Bagi slot Pengucapan Awam PPKI SMK Mambau dengan berbesar hati telah menjemput En. Azmir Bin Majid, penyelia Pendidikan Khas PPD Seremban untuk berkongsi ilmu mengenai cara yang berkesan di dalam pengucapan awam. Banyak ilmu yang bermanfaat yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah jemputan.

Majlis Penutup LDP Teambuilding PPKI SMK Mambau telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Nor Hashim Bin Othman..Tuan PC telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Program ini telah berjalan dengan lancar dan objektif program telah tercapai. Semoga ilmu yang telah dikongsi oleh penceramah-penceramah jemputan dapat digunakan oleh para peserta di masa hadapan.














Saturday 21 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PPKI 2016

16 Mei 2016

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga guru PPKI SMK Mambau....Semoga guru-guru lebih efisien dan bersemangat dalam mendidik anak-anak PPKI SMK Mambau sehingga berjaya..Semoga warga guru PPKI SMK Mambau diberi kesihatan yang baik dan bahagia di dalam kehidupan..Aaminn

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!!