Friday 27 June 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN & KEROHANIAN


24 JUN 2014 (SELASA)

Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga dan asas utama dalam membentuk keperibadian seorang muslim yang sejati. Ibadah puasa wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang berkuasa. Dengan kesedaran betapa pentingnya puasa maka pihak PPKI SMKM telah memasukkan satu modul Ihya’ Ramadhan untuk pelajar-pelajar muslim di dalam aktiviti PPKI.

Secara khususnya, program ini dilaksanakan  untuk memastikan setiap murid muslim PPKI SMKM dapat melafazkan niat puasa dan niat berbuka puasa dengan sempurna dari segi ilmu pengetahuan dan penghayatan rukun-rukun Islam. Di samping itu, melalui program ini juga  diharapkan dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta program. 


















 Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan kami iaitu Ustaz Bosri Bin Buyong diatas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada warga PPKI SMK Mambau.


Thursday 19 June 2014

JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA 2014 DI TERENGGANU


Pada tahun ini sekali lagi PPKI SMK Mambau telah menyertai Jambori  Pengakap Antarabangsa. Seramai 4 pelajar PPKI, 4 guru dan 2 PPM telah menyertai jambori pengakap antarabangsa pada kali ini. Jambori ini telah diadakan selama 5 hari bermula 1 Jun 2014 sehingga 5 Jun 2014 di Kem Pengakap Telaga Batin.















Pelajar-pelajar berpeluang  mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik. Aktiviti dibahagikan kepada 4 kategori iaitu aktiviti darat, aktiviti air, aktiviti lasak, dan permainan tradisi. Kesemua pelajar telah mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam semua aktiviti yang dijalankan. Program Jambori ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari menguruskan diri sendiri. Selain itu dapat berkenalan dengan ahli-ahli pengakap dari luar negeri dan negara.