Saturday 27 May 2017


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Mambau telah bermula pada 18 Mei 2017 sehingga 24 Mei 2017. 













Friday 26 May 2017

IHYA RAMADHAN, KEM PEMANTAPAN KEROHANIAN DAN MASIH ADA YANG SAYANG

25 MEI 2017

Tiga program serentak dalam masa satu hari...hanya ada di PPKI SMK Mambau...

Pada hari ini telah berlangsung 3 program. Bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Program Ihya Ramadhan untuk murid-murid beragama Islam telah berlangsung di Bilik Gerakan Baru SMK Mambau. Ustaz Tuan Haji Bosri Bin Buyong, Imam Masjid Al-Hidayah, Taman Angsamas telah dijemput sebagai penceramah dalam program ini. 

Pada masa yang sama, Kem Pemantapan Kerohanian juga dijalankan bagi murid-murid Cina dan India di Bilik Gerakan Lama SMK Mambau. Penceramah jemputan bagi program ini ialah En. Khandi A/L Manikam yang merupakan bekas guru besar sekolah Tamil dan bekas Penyelia Sekolah-sekolah Tamil Negeri Sembilan.

Tepat Jam 12.15 tengah hari semua murid berkumpul di Bilik Gerakan Baru bagi majlis penutup. Tuan Hj Abu Bakar Bin Hj Abd Ghalim, PK Pentadbiran dijemput bagi merasmikan majlis penutupan program.

Setelah selesai, Program Masih Ada Yang Sayang pula dijalankan di Dewan PPKI. Program ini bertujuan untuk meraikan majlis hari jadi murid-murid PPKI yang lahir pada bulan Januari hingga Mei.



PROGRAM IHYA RAMADHAN













KEM PEMANTAPAN KEROHANIAN











MAJLIS PENUTUP












MASIH ADA YANG SAYANG...














ALHAMDULILLAH...

Ketiga-tiga program berjalan dengan lancar....

Salam Ramadhan daripada warga PPKI SMK Mambau buat semua umat Islam....

Sunday 21 May 2017

JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017



20 MEI 2017

Tiga orang murid PPKI SMK Mambau iaitu :

- Muhammad Hafiz Bin Muslim
- Rumitthira A/P Veeramany
- Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi

telah menyertai Jamboree On The Air (JOTA) di SMK Dato Mohd Said, Nilai Negeri Sembilan.

Bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi dan aktiviti berakhir pada jam 3.00 petang.

Ketiga-tiga murid ini dapat melaksanakan aktiviti dengan jayanya dan telah memperoleh sijil penyertaan peringkat kebangsaan.

Tahniah..!!

Jutaan terima kasih kepada PK PPKI Cik Hjh Rahimah, Cik Siti Noroni dan Puan Fazeedatul Azua yang turut meluangkan masa demi anak-anak ini.