Friday 18 January 2013

LDP 1 – Pendedahan Kejurulatihan Olahraga


Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang pertama buat guru-guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid (PPM) adalah mengenai pendedahan tentang kejurulatihan olahraga. LDP yang pertama ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Mambau pada jam 3petang. Tujuan LPD ini dibuat adalah memastikan semua guru-guru dan pembantu pengurusan murid bersedia untuk mengusai bidang kejurulatihan dalam olahraga apabila bersama dengan pelajar-pelajar pendidikan khas.

 Pihak PPKI SMK Mambau telah menjemput penceramah, Pn. Norhasliza Bt Zahari daripada Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SMK Mambau. Penceramah telah menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan pendidikan jasmani dan kesihatan serta cara-cara yang betul  menjalankan sesuatu aktiviti sukan dan olahraga. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhasliza Bt Zahari kerana meluangkan masa menyampaikan ilmu berguna buat  guru-guru dan PPM PPKI SMK Mambau. TERIMA KASIH!!





Friday 11 January 2013

HAPPY BIRTHDAY TEACHER BEE LING!!!



May your birthday be filled with sunshine and smiles, laughter, love, and cheer.

Happy Birthday Teacher Bee Ling!!









Thursday 3 January 2013

Penempatan Pelajar Baru & Minggu Orientasi 2013...


Pada tahun baru kali ini, PPKI SMK Mambau menerima pelajar baru seramai 10 orang menggantikan 4 orang pelajar yang telah menamatkan pembelajaran mereka di sini. Pelajar-pelajar baru ini terdiri daripada bekas pelajar pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya, Sekolah Kebangsaan Temiang, Sekolah Kebangsaan Mambau dan Sekolah Kebangsaan Paka,Terengganu.  Senarai nama pelajar baru PPKI SMK Mambau adalah :

  1. EIRFAN BIN MOHD RAZI
  2. DENIEL ISKANDAR BIN MOHD SUIB
  3. DINESH RAJA A/L THAMBIRAJA
  4. NOORFARHANA ANISHA BT ZAKI
  5. SEOW YUEN LOONG
  6. YUMAL  RAJ A/L LETCHUMAN
  7. MUHD KAMAL HARIS BIN HAMDAN
  8. THEE FONG YOON
  9. NORSURIA BT HARUN
  10. NURSYAFIQAH EKMA BT MOHD ANUAR

Semua pelajar baru telah mengikuti minggu orientasi bersama-sama pelajar aliran perdana bermula 2 Januari 2013 sehingga  4 Januari 2013. Pelajar-pelajar baru ini didedahkan dengan persekitaran SMK Mambau disamping mempelajari Ikrar Pelajar dan Lagu Sekolah SMK Mambau.
Alhamdulillah, semua pelajar baru PPKI SMK Mambau berjaya melibatkan diri dengan setiap aktiviti didalam PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU SMK MAMBAU 2013.









Wednesday 2 January 2013

2012 Dalam Kenangan, Selamat Datang 2013...






Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya...pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2012 oleh Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Mambau dengan jayanya..segala usaha bersama yang telah dicurahkan oleh semua pihak telah memastikan setiap kejayaan aktiviti-aktiviti PPKI SMK Mambau.

Kini, tahun 2013 menjelma dengan penuh impian dan iltizam daripada semua warga PPKI SMK Mambau. Segala perancangan aktiviti bagi tahun 2013 telah disusun dengan rapi dan diharap dapat dilaksanakan dengan sempurna bersesuaian dengan matlamat serta objektif PPKI SMK Mambau.Semoga tahun 2013 membawa seribu pengharapan dan sejuta kebaikan untuk semua warga PPKI, warga SMK Mambau dan setiap insan.