Monday 30 October 2017

PERKHEMAHAN PENGAKAP PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH SEREMBAN TIMUR 2017



28 OKTOBER - 29 OKTOBER 2017

Perkhemahan selama dua hari ini telah diadakan di SK Senawang 3. PPKI SMK Mambau telah menghantar 6 orang pengakap MBK menyertai perkhemahan ini. Mereka ialah:

1. Muhammad Hafiz Bin Muslim
2. Muhammad Norizwan Bin Ramli
3. Jethro Chan Jian Zhi
4. Rumitthira A/P Veeramany
5. Nuru Farhana Binti Joy Dzulkarnain
6. Seri Rahayu Nor Aisyah Binti Evendi

Antara guru pengiring dan PPM yang bertugas mengikut giliran sepanjang perkhemahan ini ialah :
1. Puan Che Haslina Ch Rani (Penyelaras PPKI)
2. Cik Siti Noroni Binti Omar
3. Puan Malini Binti Md Zaki
4. Puan Nathamalar A/P Supramaniam
5. Puan Faeedatul Azua Binti Rosli 
6. Puan Margaret Ann A/P R. Ratnam 
7. Puan Shahina Ashikeen Binti Hj Jamil


Majlis penutupan dirasmikan oleh Puan Jamilah Binti Kadir iaitu Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).



ANTARA AKTIVITI  SEPANJANG PERKHEMAHAN IALAH...

Istiadat bendera
Mendirikan khemah
Stesen 1 : Persetiaan pengakap, Undang-undang Pengakap
Stesen 2 : Bantu mula
Stesen 3 : Isyarat sulit pengakap, Plaster cast
Stesen 4 : Simpulan
Kim's game (merasa, menghidu, melihat, mendengar)
Sukaneka
Networking game
Malam Pengakap (lagu-lagu, tepukan pengakap)
Program MOP
Pertandingan mewarna
Pertandingan mencipta kraftangan barang terbuang
Majlis penutup


Lebih menggembirakan lagi apabila PPKI SMK Mambau telah berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan Mencipta Kraftangan Bahan Terbuang.. TAHNIAH buat anak-anak yang terlibat..
Anda semua memang berbakat....


Semoga penyertaan murid-murid dalam perkhemahan pengakap ini dapat melatih diri mereka tentang daya kepimpinan, memupuk sikap bekerjasama, meningkatkan keyakinan diri dan sebagainya. Moga ia dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berharga buat mereka.






















Ucapan terima kasih buat En Roslan Bin Ibrahim (PK PPKI SMK Mambau) atas sokongan yang diberikan. Ribuan terima kasih juga buat semua guru pengiring dan PPM yang sudi mengorbankan waktu rehat hujung minggu anda semua buat anak-anak ini. Tak lupa juga pada PPM yang lain iaitu Puan Farawahida dan Puan Khamisah kerana sudi membantu menyediakan peralatan perkhemahan untuk anak-anak ini. 







Sunday 29 October 2017

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


 Bermula pada tarikh 24 Oktober 2017 sehingga 26 Oktober 2017 berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun bagi PPKI SMK Mambau. Pada 27 Oktober 2017 iaitu hari Jumaat pula diadakan Ujian Lisan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan ini diadakan kan di PKG Mambau dari hari Isnin sehingga Rabu. Berikut adalah jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2017 :-

















Alhamdulillah murid-murid PPKI SMK Mambau telah selesai menjawab soalan-aoalan peperiksaan dan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Selamat Maju Jaya.


Wednesday 18 October 2017

SEMARAK INKLUSIF ZON SELATAN 2017

14 Oktober 2017 

Program Semarak Inklusif ini telah berlangsung di dua tempat bermula di Tepian Gelanggang, Paroi iaitu acara Senamrobik dan kemudian ke Mydin Mall, Seremban2. Ada beberapa acara yang dipertandingkan di Mydin Mall antaranya Pertandingan Memasak, Gubahan Bunga, Nyanyian dan Treasure Hunt.

Warga PPKI  dan 3 orang guru dari aliran perdana serta pelajar-pelajar dari PRS SMK Mambau terlibat sebagai Jawatan Kuasa dalam acara Treasure Hunt. Puan Malini dan Puan Margaret dilantik sebagai Penyelaras bagi acara Treasure Hunt ini. Sebanyak 6 kumpulan yang menyertai pertandingan ini, Negeri Sembilan dua kumpulan, Johor dua kumpulan dan Melaka dua kumpulan. Pertandingan Treasure Hunt ini akan berjalan selama 1jam 30 minit. Kumpulan dari Negeri Sembilan ( NS2 ) telah menjuarai pertandingan Treasure Hunt ini. 


PENDAFTARAN AJK-AJK TREASURE HUNT





AJK-AJK DIBERI TAKLIMAT RINGKAS 



PENYELARAS TREASURE HUNT - PUAN MALINI




PRS SMK MAMBAU


PENDAFTARAN PESERTA DAN TAKLIMAT DARI PENYELARAS








ACARA BERMULA







PARA JURI SELESAI MENGIRA MARKAH







TAHNIAH TEAM NEGERI SEMBILAN  KERANA MENJUARAI "TREASURE HUNT "


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.

SEMOGA KITA BERJUMPA DI LAIN MASA.