Thursday 29 August 2013

Rumah Terbuka PPKI 2013


Pahit Manis Sama Dirasa,
Tiada Yang Terpinggir,
Tiada Yang Tertinggal...

Program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid PPKI SMKM merasai keindahan dan kenikmatan Aidilfitri. Program yang dianjurkan ini sememangnya menyediakan  ruang yang luas untuk murid-murid PPKI mendekati masyarakat di sekitar mereka. Melalui program ini juga, pihak PPKI dapat menghubungkan tali silaturrahim sesama insan terutama ibu bapa pelajar,bermaaf-maafan dan dapat bersama-sama tetamu menikmati juadah hari raya dalam suasana yang harmoni. Disamping itu program ini bertujuan untuk meraikan warga emas dalam usaha menyokong Dasar Warga Emas Negara.







Friday 2 August 2013

Program Bubur Lambuk


Program bubur lambuk menjadi aktiviti tahunan bagi PPKI SMK Mambau. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelajar dan guru-guru. Selain itu program ini melatih warga PPKI mengamalkan sikap saling menyayangi kepada yang kurang berkemampuan dan saling bantu membantu.




Pada tahun ini sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah disediakan. Semua pelajar dan guru-guru telah terlibat bekerjasama dari proses penyediaan bahan sehingga bubur lambuk masak,dibungkus dan diedarkan kepada seluruh warga PPKI. Selain itu bubur lambuk juga diedarkan kepada guru-guru aliran perdana dan staf-staf sokongan SMK Mambau. 






Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung termasuk ibu-bapa pelajar PPKI yang menyumbangkan bahan-bahan untuk program bubur lambuk ini.