Thursday 30 June 2022

MINGGU PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2022 - Part 3

 30 Jun 2022 , Khamis

Pertandingan Masterchef

Bagi pertandingan ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di mana, setiap kumpulan akan 

dibimbing oleh seorang guru dan seorang PPM.

Murid perlu menyediakan menu sandwich telur dan air teh lemon serta menghidangkannya. Dekorasi hidangan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Pertandingan ini berlangsung di dewan PPKI.

Hanya bahan masakan sahaja disediakan. Antara bahan masakan yang disediakan ialah...

1. Roti

2. Mayonis

3. Lada sulah

4. Garam

5. Timun (siap dicuci)

6. Salad (siap dicuci)

7. Telur rebus

8. Teh uncang

9. Gula

10. Lemon

Manakala peralatan memasak dan peralatan menghidang pula perlu disediakan oleh kumpulan itu sendiri. Setip kumpulan bebas untuk membawa bahan lain yang sesuai untuk tujuan dekorasi.

Juri dalam pertandingan ini ialah Cikgu Jai (PK Pend Khas), Cikgu Azlina dan Puan Norazlina.


Penerangan tentang bahan dan cara penyediaan sandwich telur oleh Cikgu Shahina Ashikeen

Memastikan kuku pendek dan bersih

Agihan sarung tangan plastik dan apron




KUMPULAN 1


KUMPULAN 2


KUMPULAN 3























PENJURIAN BERMULA










Selesai pertandingan...
Nak tau siapa yang menang??
Tungguuuuuuu.............................






Sukaneka

Sesi memanaskan badan dan pembahagian kumpulan oleh Cikgu Nanthamalar





Biarlah gambar berbicara..

Jom saksikan gelagat anak-anak PPKI kami bersukaneka...
Senyuman, tawa, 
Semuanya ceria dan  gembira bersama...