Saturday 30 August 2014

Minggu Pendidikan Khas 2014


18-25 Ogos

Pada tahun ini Minggu Pendidikan Khas telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Mambau, Pn. Hasmah Bt Othman…terdapat banyak program dan aktiviti yang telah diatur oleh warga PPKI  untuk memeriahkan lagi Minggu Pendidikan Khas ini..


Aktiviti- aktiviti yang berlangsung antaranya Kuiz Pendidikan Khas , gerai jualan, pertandingan mewarna dan juga pameran daripada agensi2 luar..Antara agensi2 yang terlibat adalah pihak FAMA, Bomba, Polis, dan MSU University..















Sunday 24 August 2014

Warna-warni Aidilfitri PPKI SMK Mambau..

21 Ogos

Pada hari ini jamuan hari raya Aidilfitri PPKI SMK Mambau telah diadakan di PKG Mambau. Terpancar kegembiraan di wajah pelajar-pelajar sepanjang jamuan ini berlangsung dan mereka semuanya memakai busana yang cantik-cantik serta warna-warni.

Jamuan hari raya Aidilfitri ini dimeriahkan lagi dgn kehadiran Pengetua SMK Mambau yang kami sayangi bersama jemputan2 khas yang lain..









Wednesday 20 August 2014

Lawatan Sambil Belajar Johor/Melaka (Taman Mini Malaysia,Melaka) - part 4


14 Ogos

Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Seremban ialah Taman Mini Malaysia. Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean. Letaknya tidak jauh daripada plazal tol Ayer Keroh.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.













Akhirnya, perjalanan kami selama 3 hari 2 malam berakhir sudah.. banyak pengalaman yang kami dapati sepanjang lawatan ini diadakan..semoga lain kali kami diberi kesempatan lain untk membuat lawatan2 ke tempat lain lagi..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung daripada sebelum lawatan sehingga berakhirnya lawatan ini....

Lawatan Sambil Belajar Johor/Melaka (Legoland,Malaysia) - part 3


13 Ogos

Kami mulakan hari ini dengan waktu awal pagi setelah berehat selama 1 malam di Tg.Piai Resort. Walaupun keletihan satu hari melalui perjalanan yang panjang dari Seremban - Muzium Nanas - Taman Negara Tg. Piai semalam, ini tidak langsung mematahkan semangat kumpulan kami untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

Legoland ini membuatkan pelajar2 kami sangat teruja.. keasyikkan pemandangan dan struktur2 model yang diperbuat daripada permainan lego adalah sangat mengkagumkan. Kami menghabiskan masa dari 9 pagi hingga 5.30 petang di sini.
















Tuesday 19 August 2014

Lawatan Sambil Belajar Johor/Melaka (Taman Negara Tg.Piai) - part 2

12 Ogos

Perjalanan lawatan kami pada hari pertama diteruskan lagi ke Taman Negara Tg. Piai. Taman negara ini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor.
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.
Eksplorasi kami yang melalui laluan tersedia yang panjang tidak dirasai kerana menikmati pemandangan paya bakau yang indah dan melihat keindahan flora fauna ciptaan yang Esa..SubhanaAllah...