14 Ogos
Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Seremban ialah Taman Mini Malaysia. Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean. Letaknya tidak jauh daripada plazal tol Ayer Keroh.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.
Akhirnya, perjalanan kami selama 3 hari 2 malam berakhir sudah.. banyak pengalaman yang kami dapati sepanjang lawatan ini diadakan..semoga lain kali kami diberi kesempatan lain untk membuat lawatan2 ke tempat lain lagi..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung daripada sebelum lawatan sehingga berakhirnya lawatan ini....
No comments:
Post a Comment