12 Ogos 2014
Hari yang dinanti oleh pelajar2 PPKI SMK Mambau telah tiba. Mereka sangat gembira dan teruja untuk menyertai program lawatan sambil belajar ini. Seawal 7.00 pagi lagi mereka sudah mula berkumpul di hadapan kelas PPKI. Lawatan sambil belajar ini melibatkan empat tempat utama iaitu Muzium Nanas, Taman Negara Tg. Piai, Pontian, Legoland Malaysia dan Taman Mini Malaysia, Melaka.Seramai 25 pelajar, 10 guru dan 2 PPM yang terlibat dengan lawatan sambil belajar ini.
Kemudian, semua berkumpul di kawasan perkarangan sekolah untuk mendengar taklimat daripada Pn. Hasmah Bt Othman,pengetua SMK Mambau sebelum bacaan doa selamat dan menaiki bas. Bas bertolak jam 8.30 pagi menuju ke Pontian untuk lawatan ke Muzium Nanas dan Tg. Piai. Namun, kita hanya merancang.Allah yang menentukan segalanya. Rombongan kami diuji dengan masalah bas rosak.Kami telah berhenti di bengkel Simpang Renggam selama hampir 3 jam sehingga masalah kerosakan bas kami dapat diselesaikan.Pada jam 2 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi sebenar.
Destinasi pertama kami ialah Muzium Nanas Pontian. Kami tiba pada jam 3.30 ptg dan terus makan tengahari. Makan tengahari kami hari ini telah ditaja oleh KFC Pontian..terima kasih KFC!! Selepas makan tengahari kami memulakan lawatan sambil belajar kami dengan melawat sekitar Muzium Nanas. Banyak info yang dapat kami perolehi semasa membuat lawatan tersebut bermula dari gred2 nanas, cara penanaman, cara penjagaan daripada haiwan perosak dan penyakit, penuaian nanas,dan produk akhir hasil nanas.

No comments:
Post a Comment