Tanggal 15 Julai 2014 (Selasa)
Satu program yang diberi nama "Jom Kacau Bubur Lambuk" anjuran PPKI SMK Mambau yang diketuai penyelaras projek, Cik Hjh Rahimah Bt Shamsuddin telah selamat dijalankan dengan jayanya. Program yang dijalankan bermula seawal 8.00 pagi itu dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk...semua guru PPKI yang diketuai GPK Pendidikan Khas Pn Jamilah Kadir terlibat secara langsung dibantu oleh semua PPM dan sambutan serta respons yang diberikan oleh beberapa orang pelajar yang terpilih terhadap program ini sungguh menggalakkan... ketua masakan pada hari itu ialah Pn. Rohaya Bt Bidin telah mengambil inspirasi dari resepi bubur lambuk turun temurun daripada keluarganya untuk diaplikasikan dan diagihkan kepada warga PPKI secara percuma dan membuat jualan amal kepada semua warga SMK Mambau
Pada hari tersebut sebanyak 2 buah periuk telah berjaya dimasak secara beramai-ramai oleh krew-krew yang terlibat...walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku semasa hendak memasak periuk yang kedua, akan tetapi masalah itu masih berjaya diatasi...terima kasih juga diucapkan kepada beberapa orang guru aliran perdana yang sudi turun dan menjenguk kami memasak bubur lambuk di Foyer belakang kelas PPKI ..suasana memasak bubur lambuk menjadi lebih bermakna apabila pengetua SMK Mambau sendiri iaitu Pn. Hasmah bt Othman juga turut singgah menjenguk kami, terima kasih Puan!!
Selesai memasak bubur lambuk, bubur tersebut kemudian diagihkan kepada semua warga PPKI terlebih dahulu sebelum membuat penjualan amal kepada warga SMK Mambau..sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan acara kemudiaanyatamat pada jamlebih kurang 1.20 petang.
SEKALUNG TAHNIAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YG MULIA INI ..SEGALA KESULITAN DAN KELEMAHAN SEPANJANG PROGRAM HARAP DIMAAFKAN.
No comments:
Post a Comment