Saturday 23 March 2019

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SITI NORONI BT OMAR

22 MAC 2019

Hari Jumaat ....hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama bermula....

Hari ini juga merupakan hari terakhir Cikgu Siti Noroni di SMK Mambau....

Selepas cuti nanti, iaitu mulai 1 April 2019 Cikgu Siti Noroni @ Cikgu Siti akan mula berkhidmat di SMK Dato' Shamsuddin Nain, Rantau Negeri Sembilan..

Pada hari ini, genap 8 tahun 5 bulan 23 hari beliau mengajar di SMK Mambau. Satu tempoh masa yang agak lama pastinya banyak kenangannya di sini. Lebih-lebih lagi SMK Mambau adalah sekolah pertama bermulanya khidmat beliau sebagai seorang pendidik.

Kecil molek orangnya yang tidak pernah lokek dengan senyuman sangat di sayangi oleh murid-murid PPKI di sini. Beliau seorang guru yang sangat prihatin dengan kebajikan murid-murid. Sikap ringan tulang dan suka membantunya juga membuat kami warga guru dan PPM amat merasai pemergiannya. Namun, demi menggalas tugas dan tanggungjawab, kami warga PPKI dengan berat hati merelakan. 

Majlis dan jamuan perpisahan Cikgu Siti telah diadakan di dewan PPKI SMK Mambau. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi. 




Ucapan oleh Tuan Hj Nor Hashim (Pengetua Cemerlang SMK Mambau)

Ucapan wakil pelajar oleh Nurul Farhana Bt Joy Dzulkarnain


Ucapan yang diraikan, Cikgu Siti Noroni...hmmm...senyap sunyi dewan PPKI waktu ni..(tak perlu cikgu-cikgu nak berleter suruh pelajar senyap)
Ramai pelajar yang menitiskan air mata di saat ini..Namun, diharapkan segala pesanan Cikgu Siti tu, sentiasa dalam ingatan setiap pelajar dan dipraktikkan ye anak-anak.


Persembahan pelajar. Nyanyian lagu "Pelangi Petang" .. 




Penyampaian kad gergasi "We Love Cikgu Siti Noroni" dari warga PPKI SMK Mambau







Sesi bersalaman dan penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada Cikgu Siti...
Murid "happy go lucky" PPKI SMK Mambau si Hema Loshini turut menitiskan air mata. Sedih dengan pemergian cikgu kesayangan.


Hadiah dan kad  daripada pelajar-pelajar buat Cikgu Siti.

Bersama pelajar Kelas Dedikasi ..kelas cikgu Siti sendiri. Lepas ni, kelas dedikasi dapat guru kelas yang baru la jawabnya.
Bersama pelajar kelas Cekap dan guru kelasnya, Cikgu Nuraisyah.
Bersama pelajar kelas Efektif dan guru kelasnya, Cikgu Malini yang sanggup datang ke majlis ini walaupun masih dalam mood cuti bersalin.

Bersama pelajar kelas Gigih dan guru kelasnya, Cikgu Margaret Mary.

Bersama pelajar kelas Jujur dan guru kelasnya, Cikgu Nanthamalar.

Bersama pelajar kelas Bijak dan guru kelasnya, Cikgu Shahina Ashikeen.
Suasana macam jamuan hari raya..Tapi bukan ye..ni jamuan majlis perpisahan Cikgu Siti Noroni kita...
Sanggup berpanas semata-mata nak bergambar konon-konon kat "Bukit Fraser".. pokok-pokok yang menghijau...

Dah puas berpanas kat luar, kita bergambar kat dalam pula ..


Cikgu kesayangan ramai..Siti Noroni Binti Omar...

 Terima kasih Cikgu Siti atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberi sepanjang bertugas di sini.

Terngiang-ngiang bait-bait lagu Pelangi Petang yang dinyanyikan oleh pelajar...

            💗Engkau tiba, bagaikan pelangi...
                                                💗Tak bercahya namun kau berseri..
                                                                       ðŸ’— Tapi cukup menghiburkan hati ini...

Pastinya kenangan bersamamu sentiasa terpahat di hati kami dan pemergianmu semestinya kami rindui..

Selamat bertugas ditempat baru buat Cikgu Siti..
Moga terus cemerlang..
Teruskan berjuang menabur bakti buat anak-anak istimewa di sana....

Hujan turun badan pun basah,
Batang galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu berpisah,
Kehendak Allah siapa tahu..

Doa kami sentiasa mengiringimu...

In Shaa Allah..bersua lagi...







Thursday 14 March 2019

CORETAN MAC 2019


Kesibukan Mac dengan aktiviti kokurikulum.....

Sukan sekolah...                    sukan daerah....                                        pengakap..

Pada 3 Mac 2019, kejohanan olahraga dan balapan SMK Mambau tahun 2019 telah diadakan di SMK Bukit Kepayang Seremban 2.

Seperti tahun-tahun lalu, acara PPKI 100m kategori lelaki dan perempuan tetap diteruskan. Bezanya, pada tahun ini, mereka menyertai acara tersebut bagi mewakili rumah sukan masing-masing iaitu rumah Panther, Jaguar, Cheetah dan Puma.

Bagi kategori lelaki,

Johan : Jethro Chan Jian Zhi (Cheetah)
Naib Johan: Biraj A/L Suresh (Panther)
Ketiga : Muhammad Daniel Haiqal Bin Hamdan (Puma)

Kategori perempuan pula,

Johan : Hema Loshinii A/P Veeramany ( Cheetah)
Naib Johan : Nurul Farhana Binti Jot Dazulkarnain (Cheetah)
Ketiga : Jananee A/P Chandran (Panther)

Tahniah kepada semua pemenang....














Pada 6 dan 7 Mac 2019 pula, telah diadakan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah di SMK Panchor. Beberapa orang murid PPKI SMK Mambau telah menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hema Loshini, Jethro dan Rumithiira atas kejayaan memenangi acara yang disertai. Bagi murid lain yang tidak memenangi sebarang pingat, jangan sesekali kecewa dan cuba lagi pada tahun hadapan. Anda semua hebat di mata kami warga PPKI SMK Mambau.

Hema Loshinii telah memenangi...
1. Johan 200m kategori perempuan junior (BP)
2. Naib johan 100m kategori perempuan junior (BP)
3. Tempat ketiga acara lompat jauh kategori perempuan junior (BP)

Jethro Chan Jian Zhi telah mendapat Naib Johan larian 800m kategori lelaki senior (BP)

dan...Rumithira telah mendapat tempat ketiga acara lempar cakera kategori perempuan senior (BP)

















Selang 2 hari selepas selesai kejohahan olahraga daerah, Hema Loshinii dan Rumithiira berangkat ke negeri Johor Darul Takzim bagi mewakili kontinjen Negeri Sembilan menyertai Johor International Girls in Scouting Gathering 2019. Turut mengiring bersama ialah Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli.

Berlangsung selama 3 hari 2 malam di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor.

Program peringkat antarabangsa ini  disertai oleh semua negeri di Malaysia dan  beberapa buah negara yang lain iaitu Thailand, Indonesia, Maldives, Brunei, Bangladesh, Singapura dan Mongolia.

Seramai 798 orang peserta telah terlibat dalam program ini.

Lebih membanggakan lagi PPKI SMK Mambau ialah apabila Rumithira dan Hema Loshinii mendapat tempat ke 108 dan 109 daripada 798 peserta dan ini melayakkan mereka menerima CERTIFICATE OF SILVER ACHIEVEMENT...

TAHNIAH ! Diucapkan kepada kedua-duanya. Tidak lupa ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli yang banyak menyumbang ke atas kejayaan kedua-dua murid ini.
Tahniah dan syabas....

Bersama kontinjen dari Thailand

Bersama kontinjen dari Indonesia

Bersama kontinjen dari Bangladesh

Berzumba zapin pagi ni...

Ready for Princess Night

TAHNIAHHHH...
Dari kiri..Puan Fazeedatul Azua, Rumithiira dan Hema Loshinii



Walaupun pelbagai aktiviti berjalan..namun warga PPKI SMK Mambau seolah-olah tidak kenal erti penat.. Seperti bulan Februari yang lalu, pada bulan Mac ini , aktiviti keceriaan tetap juga diteruskan....













Lukisan mural oleh En Roslan (Penolong Kanan PPKI)

Senyuman yang melenyapkan segala kepenatan....


Biarlah gambar berbicara..tidak perlu diungkap dengan kata-kata....
Warga PPKI yang sentiasa berganding bahu dan tenaga tidak kira guru, PPM mahupun murid...
Kami seiring bersama....       itulah PPKI SMK Mambau...