Saturday 23 March 2019

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SITI NORONI BT OMAR

22 MAC 2019

Hari Jumaat ....hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama bermula....

Hari ini juga merupakan hari terakhir Cikgu Siti Noroni di SMK Mambau....

Selepas cuti nanti, iaitu mulai 1 April 2019 Cikgu Siti Noroni @ Cikgu Siti akan mula berkhidmat di SMK Dato' Shamsuddin Nain, Rantau Negeri Sembilan..

Pada hari ini, genap 8 tahun 5 bulan 23 hari beliau mengajar di SMK Mambau. Satu tempoh masa yang agak lama pastinya banyak kenangannya di sini. Lebih-lebih lagi SMK Mambau adalah sekolah pertama bermulanya khidmat beliau sebagai seorang pendidik.

Kecil molek orangnya yang tidak pernah lokek dengan senyuman sangat di sayangi oleh murid-murid PPKI di sini. Beliau seorang guru yang sangat prihatin dengan kebajikan murid-murid. Sikap ringan tulang dan suka membantunya juga membuat kami warga guru dan PPM amat merasai pemergiannya. Namun, demi menggalas tugas dan tanggungjawab, kami warga PPKI dengan berat hati merelakan. 

Majlis dan jamuan perpisahan Cikgu Siti telah diadakan di dewan PPKI SMK Mambau. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi. 




Ucapan oleh Tuan Hj Nor Hashim (Pengetua Cemerlang SMK Mambau)

Ucapan wakil pelajar oleh Nurul Farhana Bt Joy Dzulkarnain


Ucapan yang diraikan, Cikgu Siti Noroni...hmmm...senyap sunyi dewan PPKI waktu ni..(tak perlu cikgu-cikgu nak berleter suruh pelajar senyap)
Ramai pelajar yang menitiskan air mata di saat ini..Namun, diharapkan segala pesanan Cikgu Siti tu, sentiasa dalam ingatan setiap pelajar dan dipraktikkan ye anak-anak.


Persembahan pelajar. Nyanyian lagu "Pelangi Petang" .. 




Penyampaian kad gergasi "We Love Cikgu Siti Noroni" dari warga PPKI SMK Mambau







Sesi bersalaman dan penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada Cikgu Siti...
Murid "happy go lucky" PPKI SMK Mambau si Hema Loshini turut menitiskan air mata. Sedih dengan pemergian cikgu kesayangan.


Hadiah dan kad  daripada pelajar-pelajar buat Cikgu Siti.

Bersama pelajar Kelas Dedikasi ..kelas cikgu Siti sendiri. Lepas ni, kelas dedikasi dapat guru kelas yang baru la jawabnya.
Bersama pelajar kelas Cekap dan guru kelasnya, Cikgu Nuraisyah.
Bersama pelajar kelas Efektif dan guru kelasnya, Cikgu Malini yang sanggup datang ke majlis ini walaupun masih dalam mood cuti bersalin.

Bersama pelajar kelas Gigih dan guru kelasnya, Cikgu Margaret Mary.

Bersama pelajar kelas Jujur dan guru kelasnya, Cikgu Nanthamalar.

Bersama pelajar kelas Bijak dan guru kelasnya, Cikgu Shahina Ashikeen.
Suasana macam jamuan hari raya..Tapi bukan ye..ni jamuan majlis perpisahan Cikgu Siti Noroni kita...
Sanggup berpanas semata-mata nak bergambar konon-konon kat "Bukit Fraser".. pokok-pokok yang menghijau...

Dah puas berpanas kat luar, kita bergambar kat dalam pula ..


Cikgu kesayangan ramai..Siti Noroni Binti Omar...

 Terima kasih Cikgu Siti atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberi sepanjang bertugas di sini.

Terngiang-ngiang bait-bait lagu Pelangi Petang yang dinyanyikan oleh pelajar...

            💗Engkau tiba, bagaikan pelangi...
                                                💗Tak bercahya namun kau berseri..
                                                                       ðŸ’— Tapi cukup menghiburkan hati ini...

Pastinya kenangan bersamamu sentiasa terpahat di hati kami dan pemergianmu semestinya kami rindui..

Selamat bertugas ditempat baru buat Cikgu Siti..
Moga terus cemerlang..
Teruskan berjuang menabur bakti buat anak-anak istimewa di sana....

Hujan turun badan pun basah,
Batang galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu berpisah,
Kehendak Allah siapa tahu..

Doa kami sentiasa mengiringimu...

In Shaa Allah..bersua lagi...







No comments:

Post a Comment