Monday 22 April 2019

PERKHEMAHAN SUMMER CAMP BERSAMA UPSI

Berkhemah, Berkhemah, Berkhemah sama si Nopal, si Nopal, si Nopal anaknya Bahenol, Bahenol, Bahenol, Bahenol, Bahenol.....euwwwww
Lagu Si Nopal yang trending di media sosial menceritakan kegembiraan menyertai aktiviti perkhemahan, namun perkhemahan yang dimaksudkan bukan perkhemahan dengan si Nopal seperti dalam lirik lagu tersebut, tapi ia adalah Perkhemahan Summer Camp bersama UPSI.




UPSI atau Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak.

Pada 5 dan  6 April yang lalu, dari jauh mereka datang ke SMK Seremban 2 khusus untuk mengendalikan Summer Camp ini. Perkhemahan 2hari1malam ini melibatkan kira-kira 25 orang pelajar pendidikan khas dari 4 buah sekolah iaitu SMK Mambau, SMK Seremban 2 selaku tuan rumah, SMK Bukit Kepayang,  dan SK Seremban 2A

PPKI SMK Mambau telah menghantar 8 orang pelajar untuk perkhemahan ini. Mereka ialh Rumitthira , Fatin Alya, Hema Loshini , Biraj, Jethro, Norizwan, Syafiq Hakim dan Hafiz Zaini.

Sesi suaikenal di dalam kumpulan




Pelbagai aktiviti bersama pelatih UPSI telah diadakan termasuklah senamrobik, sukaneka dan barbeku.Sepastinya semua peserta sangat teruja dan gembira apatah lagi bila mendengarkan namanya Summer Camp, terus tergambarkan  ala-ala cerita dari novel remaja.

Guru yang bertugas pada shif malam

Cikgu Nantha dan Cikgu Meg bersama pelajar sebelum aktiviti seterusnya dijalankan.




Chef Roslan sedang memantau BBQ

Makan malam bersama ahli kumpulan masing-masing

Cikgu Margie, Kak Wa, Kak Fara  dam kak Kam bertugas untuk sesi pagi dan tengahari


Acara senamrobik

Acara sukaneka


Bersedia untuk sukaneka

Acara mengisi air dalam botol

Acara lari membawa bola pingpong dengan sudu



Perkhemahan yang singkat tapi padat dengan pengisian sebegini sangat membantu pelajar-pelajar ini untuk meningkatkan keyakinan diri, belajar berdikari, menyemai sikap tolong menolong dan saling hormat menghormati tanpa mengira bangsa, serta memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan kepada peserta Summer Camp selesai jam 1.00tengahari,.

Mudah-mudahan ada banyak lagi program sebegini dapat dilaksanakan pada masa akan datang supaya mereka dapat mempelajari perkara yang baru yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mereka di masa depan.



Masa untuk mengemas semula alatan







Kumpulan Hafiz tempat keempat acara sukaneka

Kumpulan Syafiq dan Fatin tempat ketiga sukaneka


Kumpulan Jethro dan Hema mendapat tempat kedua dalam acara sukaneka


Kumpulan Biraj sebagai johan untuk acara sukaneka

M. Hafiz b. Zaini menerima sijil-sijil bagi pihak semua peserta PPKI SMK Mambau


Puan Fazeedatul Azua menerima cenderahati bagi pihak sekolah


Terima kasih dan syabas kepada UPSI dan semua yang terlibat di dalam perkhemahan Summer Camp ini. Harap mereka tidak serik untuk datang lagi ke Seremban dengan program yang lain pula.





























No comments:

Post a Comment