Hari Kesedaran Autisme merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar dalam memahami penghidap autisme yang disambut di seluruh dunia pada setiap 2 April.
Austisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah gangguan neorologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak dari segi komunikasi , interaksi sosial dan tingkahlaku.
Kajian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat telah menganggarkan 1 daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme. Mereka boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan melalui simptom- simptom berikut :-
i) Tidak menunjukkan eye contact
ii) Lambat bercakap
iii)Tidak bertindakbalas terhadap senyuman
iv) Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri sendiri
v) Terlalu sensitif kepada cahaya , bunyi dan pergerakan
vi) Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat
vii) Sering menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara tertentu sahaja
Saban tahun telah menjadi rutin wajib bagi PPKI SMK Mambau menganjurkan program sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia ini, olehitu pelancaran dan perasmiannya di peringkat sekolah telah diadakan pada 8 April yang lepas.
Seperti kelazimannya, pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian sambutan hari yang sangat bermakna ini.
Berbaju serba biru untuk hari istimewa ini |
Dua beradik ni membantu mengedarkan buku program dan cenderahati kepada para pentadbir |
Bersedia untuk membuat persembahan |
Hadiah kepada guru-guru yang berjaya menjawab solan kuiz |
Majlis bertambah gamat dengan gimik pelancaran dengan idea yang segar dan begitu menarik. Syabas kepada cikgu Nuraisyah dan Cikgu Margaret Mary yang berjaya menghidupkan suasana dengan menampilkan Haziq sebagai Agen PPKI 2019. Ternyata watak ni sangat sesuai untuk Haziq.
Selesai gimik pelancaran , lengkaplah upacara pelancaran dan perasmian Hari Kesedaran Autisme 2019 Peringkat Sekolah oleh Encik Abu Bakar bin Ab Ghalim selaku pemangku Pengetua SMK Mambau.
Agen PPKI 2019...bukan Agen PPKI 007 |
Scene yang mendebarkan... berjaya kah cikgu Azean menyelamatkan diri dari Agen PPKI ini π |
Sesi bergambar bersama barisan pentadbir untuk kenang-kenangan Hari Kesedaran Autisme Peringkat Sekolah 2019 |
Sesudah pelancaran kita ke acara yang seterusnya iaitu acara sukaneka. Disebabkan faktor cuaca dan kekangan masa acara ini dilakukan di dewan PPKI sahaja dan cuma satu acara yang sempat dijalankan.
Acara tersebut adalah pertandingan meniup belon. Kumpulan yang berjaya meniup belon paling banyak dan mengikat pada tali dengan kemas dikira sebagai pemenang.
Taklimat mengenai sukaneka serta pembahagian kumpulan |
Wah... banyak belon kumpulan ni. |
Mujaheet...kita taknak belon paling besar, kita nak belon paling banyak π |
Tiup lagi...tiup lagi....π |
Ada yang takut belon meletup nampaknya π |
Begitu banyak oksigen diperlukan untuk meniup satu belonπ |
Kenapa belon kat sini comel-comel sangat...tiup besar sikit π |
Aktiviti ini menyeronokkan tapi dalam masa yang sama cukup mendebarkan. Ada risiko untuk belon tu meletup bila-bila masa. Olehitu macam-macam aksi meniup belon dapat disaksikan. Tengok gambar di bawah ni sebagai bukti. Gaya Colin dan Seow Yuen Loong paling menarik dan melucukan.
Seperti yang telah diperkatakan diawal tadi, hari ini memang padat dengan aktiviti. Acara Shake of Love pula menyusul. Acara apa pulak ni? Senang dan mudah sangat acara ni, setiap orang pelajar diberikan beberapa keping biskut bergula, plastik dan sudu. Masukkan biskut ke dalam plastik, tekan-tekan sehingga lumat...shake..shake...shake dan...dah siap untuk dimakan.
Sebenarnya acara ini lebih sinonim dengan makan sagun, makanan tradisi yang semakin dilupakan terutamanya oleh golongan remaja masa kini. Jadi dengan adanya acara ini, para pelajar dapat mengimbau kenangan makanan favourite sewaktu mereka kecil dahulu.
Selesai acara Shake of Love, acara Explorace pula sedia menanti. Pelbagai task yang mencabar diberikan. Ada 4 checkpoint kesemuanya, kumpulan yang paling cepat dan tepat menyelesaikan kesemua task merupakan pemenang.
Acara ini dapat menerapkan sikap saling bantu membantu di dalam kumpulan, meningkatkan semangat untuk bersaing secara sihat dan tidak mudah berputus asa serta menguji kebijaksanaan membahagikan masa dan menyusun strategi.
Susah sangat task kat checkpoint ni, berkerut-kerut muka memasing π |
Checkpoint ni nampak agak senang task nya, masing-masing rilek ..tak stress π |
Checkpoint ni pun tak mencabar ke...semua senyum jer π |
Checkpoint ni ok ke tidak ...macam tak dapat jawab jer soalan dari cikgu Nuraisyah tuπ² |
Tekun dan bersemangat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Acara akhir pula ialah permainan musical chair atau kadang-kadang dipanggil main rebut kerusi. Rasanya tidak perlu dihuraikan bagaimana permainan ini dijalankan, pastinya semua sudah maklum dengan permainan yang evergreen ini.
Cikgu Shahina mengelolakan permainan yang gempak ni ♬♫♪ |
Dilarang bergaduh di sini ππ π |
Kumpulan pelajar perempuan paling cool, tak gaduh pun πππππ |
Syabas dan tahniah kepada semua guru, pelajar dan ppm yang menjadikan hari istimewa ini sesuatu yang luarbiasa. Memang benarlah ibarat kata pepatah inggeris Teamwork makes the dream work.
AUTISM AWARENESS DAY - SEE YOU AGAIN NEXT YEAR
πππSepi Sebuah Dewan πππ |
No comments:
Post a Comment