Tuesday 23 April 2019

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA DAN PEPNES PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Kejohanan Petanque Angkasa dan Pepnes Peringkat Negeri Sembilan telah berlansung pada 20-21 April bertempat di Kompleks Sukan Tan Sri Dato Dr Hj Mohamad, Seremban 2.

Pasukan lelaki masih mengekalkan Norizwan dan Biraj seperti tahun lepas tetapi tempat Zul Aizat  (akan menduduki peperiksaan PT3) diganti oleh Syafiq Hakim. 

Pasukan perempuan juga masih mengekalkan dua orang pemain lama iaitu Rumitthira dan Farhana sementara tempat Seri Rahayu(telah berpindah sekolah) diganti oleh Fatin Alya. 

Rasanya tidak perlu untuk bercerita panjang tentang salasilah permainan petanque ini, kita terus sahaja kepada keputusan penuh untuk pertandingan ini.


PASUKAN LELAKI

1.  SMK Mambau lwn SMK Seremban Jaya
              (11)                           (7)

2.  SMK Mambau lwn SM Teknik Kuala Klawang
              (4)                               (11)

3.   SMK Mambau lwn SMK Seremban Jaya 
                (8)                              (11)


PASUKAN PEREMPUAN

1.  SMK Mambau lwn SM Agama Dato' Haji Tan Ahmad
                (11)                              (0)

2.  SMK Mambau lwn SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri
                 (4)                                 (11)

3.   SMK Mambau lwn SMK Seri Pagi
                 (11)                     (7)

4.   SMK Mambau lwn SMK Taman Semarak
                (11)                      (7)

5..  SMK Mambau lwn SM Sains Rembau
                 (8)                              (11)


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua team. Mereka telah bermain sehabis baik. Walaupun tidak berjaya mara ke suku akhir, ada peningkatan dari segi mutu permainan. 
Kalah menang adat pertandingan. Cuba lagi di tahun hadapan.

sesi warm-up

Siap sedia untuk di lontar 😊

Gambar atlit kebangsaan yang berjaya dilahirkan dari  Kejohanan Petanque Angkasa

Bergambar dulu sebelum pertandingan bermula



Sesi taklimat oleh urusetia 

Kenapa muka dah cuak ni 😞

Bersama mantan pengetua,  coach@gpk dan guru pengiring 😊
 
Sesi 'terapi' sebelum pertandingan bermula


Pasukan dari SMK Seremban Jaya (sebelum bertanding)
Selepas bertanding dan memperolehi kemenangan yang pertama

Wowww kilauan emas...jaga-jaga jangan bagi hilang 😎

Bersama pasukan SMA Dato' Haji Tan Ahmad


Bersama pasukan SMT Kuala Klawang

Rumitthira bijak mengatur strategi


Pasukan SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri

Bertanding kali kedua dengan pasukan yang sama, tapi gagal mengekalkan kemenangan

Agak-agak siapa yang kutip banyak mata 😊

Pasukan dari SMK Seri Pagi


Bersama pasukan SMK Taman Semarak


Pasukan dari SM Sains Rembau
Khidmat abitor diperlukan 😉




Akur dengan keputusan 8 - 11


No comments:

Post a Comment