Friday 31 October 2014

Program Perkampungan Akademik 2014

27-28 OKT

Program Perkampungan Akademik ini merupakan anjuran bersama SMK Mambau dan Unit Pendidikan Khas PPD Seremban..program ini telah diadakan di Rantau Agropark selama 2 hari 1 malam..selain itu,progam ini melibatkan beberapa PPKI daripada sekolah2 lain antaranya SMK Shamsudin Nain, SMK Bukit Kepayang, SK Senawang, dan SMK Taman Tuanku Jaafar

Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan dengan objektif memantapkan bahasa di kalangan pelajar-pelajar PPKI antaranya Eksplorasi Bahasa, tayangan filem Gurindam Jiwa, pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan mewarna dan pertandingan sahibba.











Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada En.Azmir Bin Majid (PPD Seremban), pengetua SMK Mambau( Pn. Hasmah Bt Othman), sekolah- sekolah yang terlibat serta penyumbang2 yang telah memberi sumbangan kepada program ini..Terima kasih!!

Wednesday 17 September 2014

Malaysia...disini lahirnya sebuah cinta.....


Sambutan kemerdekaan tahun ini sangat meriah buat warga PPKI SMK Mambau tahun ini..Tema untuk Hari Merdeka yang ke 57 pada tahun ini ialah Malaysia..disini lahirnya sebuah cinta..


Beberapa aktiviti telah disusun bagi meraikan kemerdekaan pada tahun ini..Antaranya, kuiz kemerdekaan, tayangan filem Hati Malaya, pertandingn deklamasi sajak, dan juga pertandingan menghias kelas merdeka..












Saturday 30 August 2014

Minggu Pendidikan Khas 2014


18-25 Ogos

Pada tahun ini Minggu Pendidikan Khas telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Mambau, Pn. Hasmah Bt Othman…terdapat banyak program dan aktiviti yang telah diatur oleh warga PPKI  untuk memeriahkan lagi Minggu Pendidikan Khas ini..


Aktiviti- aktiviti yang berlangsung antaranya Kuiz Pendidikan Khas , gerai jualan, pertandingan mewarna dan juga pameran daripada agensi2 luar..Antara agensi2 yang terlibat adalah pihak FAMA, Bomba, Polis, dan MSU University..















Sunday 24 August 2014

Warna-warni Aidilfitri PPKI SMK Mambau..

21 Ogos

Pada hari ini jamuan hari raya Aidilfitri PPKI SMK Mambau telah diadakan di PKG Mambau. Terpancar kegembiraan di wajah pelajar-pelajar sepanjang jamuan ini berlangsung dan mereka semuanya memakai busana yang cantik-cantik serta warna-warni.

Jamuan hari raya Aidilfitri ini dimeriahkan lagi dgn kehadiran Pengetua SMK Mambau yang kami sayangi bersama jemputan2 khas yang lain..









Wednesday 20 August 2014

Lawatan Sambil Belajar Johor/Melaka (Taman Mini Malaysia,Melaka) - part 4


14 Ogos

Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Seremban ialah Taman Mini Malaysia. Taman Mini Malaysia terletak di Ayer Keroh, Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean. Letaknya tidak jauh daripada plazal tol Ayer Keroh.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.













Akhirnya, perjalanan kami selama 3 hari 2 malam berakhir sudah.. banyak pengalaman yang kami dapati sepanjang lawatan ini diadakan..semoga lain kali kami diberi kesempatan lain untk membuat lawatan2 ke tempat lain lagi..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung daripada sebelum lawatan sehingga berakhirnya lawatan ini....