Friday 31 May 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Ini merupakan program kemuncak PPKI SMK Mambau dalam bulan Ramadan ini. Program ini diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum semua bercuti iaitu pada 24 Mei 2019 (Jumaat) bersamaan 19 Ramadan 1440H.

Salah satu program yang diadakan setiap tahun. Seperti kebiasaan, PPKI akan memberi  sumbangan kepada murid-murid setiap kali perayaan masing-masing. Terima kasih kepada Cikgu Azlina selaku penyelaras program ini yang berusaha mendapatkan sumbangan daripada pihak luar mahu pun orang perseorangan. 

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada yang sudi memberi sumbangan kepada anak-anak PPKI kami. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan tuan puan. 

Semua murid PPKI yang beragama Islam mendapat sumbangan Hari Raya. 

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi di dewan PPKI SMK Mambau. 

Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Ihya' Ramadan dan kerohanian.





Cikgu Azean selaku pengacara majlis


Ucapan Tn Hj Abu Bakar Bin Ab Ghalim, Pemangku Pengetua





















Murid bukan Islam pula mendapat kuih raya popia cheese, duit raya dan bunga telor...








Guru-guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) turut mendapat kuih raya popia cheese dan bunga telor. Duit raya tak dapat ye...hehe











Penyampaian kad raya gergasi oleh wakil murid bukan Islam kepada En Roslan, PK PPKI.


Terima kasih ye sudi buatkan kad raya untuk kami yang menyambut Aidilfitri . Terima kasih juga kepada Cikgu Nanthamalar, Cikgu Margaret Ann dan Cikgu Margaret Mary yang membimbing anak-anak ini. Cantik sangat kadnya..bunga mekar apabila dibuka..Sangat kreatif. TAHNIAH!!!!


Seterusnya ialah penyampaian cenderahati oleh En Roslan Bin Ibrahim PK PPKI kepada Tn Hj Abu Bakar Pemangku Pengetua, En Jafri Bin Muskiman Pengerusi PIBG SMK Mambau dan En Hamdan Bin Mohd Noor di atas kesudian mereka menyempurnakan majlis kami pada hari ini.







Selesai sesi bergambar, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang diadakan semasa aktiviti ihya Ramadan dan kerohanian.











Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Akhir sekali sebelum majlis bersurai, sesi bersalaman diadakan. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat duit raya pula daripada guru-guru dan kakak-kakak PPM.. 

Banyak betul "angpow" yang mereka dapat hari ni..


#wanitadankameramemangtidakdapatdipisahkan





KAMI WARGA PPKI SMK MAMBAU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.