Thursday, 30 May 2019

JOM KACAU BUBUR LAMBUK TAHUN 2019

Kuih raya dah selesai, iftar pun dah selesai..haaaa jom kita kacau bubur lambuk pula....

Dah dengar cikgu-cikgu aliran perdana bertanya.."PPKI tak buat bubur lambuk ke tahun ni?"..."Bila PPKI nak buat bubur lambuk?"

Ermmm..menjadi sebutan pula bubur lambuk PPKI ni. Apabila sesuatu itu menjadi sebutan, maknanya apa?..Sedap sangat agaknya bubur lambuk kami ni..ditunggu-tunggu setiap tahun..hehe.(Ops!..tak baik riak) 

Sedapnya bubur lambuk PPKI adalah hasil kerjasama warga PPKI SMK Mambau juga. Bubur yang dimasak dengan penuh kasih sayang mestilah sedap....!!

Maka, pada tarikh 22 Mei 2019 (Rabu) bersamaan 17 Ramadan 1440H, telah diadakan program Jom Kacau Bubur Lambuk. Program ini dijalankan di perkarangan Surau Al-Ghazali.

Kerja-kerja penyediaan bahan mentah telah dijalankan sehari sebelum program iaitu pada 21 Mei 2019 (Selasa). Antaranya, mengisar bawang, halia, memotong dan membersihkan ayam, udang putih, membuat sambal kicap, mengoreng kacang tanah dan sebagainya.

Pada 22 Mei 2019 itu, aktiviti persiapan alatan dan bahan bermula pada jam 8.30 pagi. Sebelum aktiviti bermula, Cikgu Che Haslina selaku penyelaras program telah memberi taklimat dan pembahagian kumpulan kepada semua murid agar aktiviti dan kerja-kerja pada hari itu berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir membantu memasak bubur lambuk. Kesudian tuan puan amatlah kami hargai.

Team memasak


Tu dia...ketua chef kita..hehe


Team menampal sticker pada bekas bubur lambuk.


Haa...ni tema membawang...eh silap, ehem..team merewang..hihi



























Haa.. ni nampak sangat..action je lebih..Bubur tu dah siap masak dah pun..





Menyelerakan tak? Dimakan bersama dengan kacang tanah goreng dan sambal kicap marbeles. Hanya ada di PPKI SMK Mambau je.


Aktiviti membungkus



Muka sedih sebab bubur  yang menyelerakan tu hanya boleh pandang tetapi tidak boleh dimakan..hehe..Tunggu azan maghrib dulu ye Cikgu Azlina.

Team mencuci alatan memasak.


Kak Kham kita ni, semua team dia join. Hebat tak??hehe..



Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada semua warga PPKI, barisan pentadbir, staf sekolah, pekerja swasta dan tak lupa juga kepada pengawal keselamatan kita..

Hakim dan ibunya

Mujaheet dan opahnya..

Ah Loong dan popo nya.. (nenek)









































Program yang mengeratkan lagi ukhuwah antara kami di bulan Ramadan yang mulia ini. Apa yang yang lebih istimewa ialah, pada hari ini menu berbuka kami sama..hehe.. Bubur lambuk PPKI SMK Mambau...

Tahun depan kita mengacau lagi ye...

No comments:

Post a Comment