Thursday 30 May 2019

IFTAR JAMI'E 2019


Tarikh 16 Mei 2019 (Khamis) bersamaan 11 Ramadan 1440H dipilih untuk majlis iftar jami'e PPKI SMK Mambau pada tahun ini. Kebetulan sama tarikh dengan hari guru.. 

Di kesempatan ini, PPKI SMK Mambau mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh Malaysia, "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi."

Bercerita mengenai majlis iftar kami, majlis ini diadakan di Hotel Sutera Seremban 2.

Seawal jam 6.15 petang, murid-murid telah berkumpul di pondok bas depan sekolah untuk menaiki bas ke hotel. Ada juga yang datang menaiki kereta bersama ibu dan ayah masing-masing. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang bersama memeriahkan lagi iftar jami'e PPKI.

Perjalanan dari sekolah ke hotel mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Terima kasih Tuan Hj Abu Bakar (berkopiah dan berbaju coklat) selaku Pemangku Pengetua antara yang awal sampai dan sudi datang memeriahkan majlis iftar kami.





Keluarga En Daud..iaitu bapa kepada Mohd Hazimin.

En Fauzi iaitu bapa kepada Mohd Haziq (berjubah hitam)

Alhamdulillah tepat jam 7 petang, murid-murid selamat sampai di Hotel Sutera, Seremban 2.






Macam nak gi beraya ...

Ni majlis iftar ye..bukan open house raya..hehe..


Dari kiri En Shahriman (Ketua Bidang Sains dan Matematik), En Roslan (PK PPKI), Tn Hj Abu Bakar (Pemangku Pengetua) dan En Hamdan. Bergambar dulu sementara menunggu azan Maghrib.

Juadah yang disediakan
















Turut hadir, Cikgu Suzeliana,PK HEM (tudung ungu), Cikgu Azizah kaunselor (tudung coklat), Cikgu Rafiza, Ketua Bidang Bahasa(tudung merah), Cikgu Norazira (Pemangku KB Kemanusiaan), Cikgu Noralisa PK KOKO (tudung hitam)




 

Selesai makan sementara menunggu yang lain siap solat Maghrib.



Terima kasih kepada Cikgu Siti yang sudi memenuhi undangan kami untuk sama-sama memeriahkan majlis dan melepaskan kerinduan anak-anak PPKI kepada cikgu kesayangan mereka.


Sesi bergambar sebelum bersurai.













Selesailah sudah Majlis Iftar Jami'e kami pada tahun ini. In Shaa Allah jika masih diberi kesempatan lagi, majlis ini akan ditetap diteruskan pada tahun hadapan dan sudah sememangnya menjadi program tahunan PPKI SMK Mambau.





No comments:

Post a Comment