Friday 28 June 2019

KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019

Khamis, 27 Jun 2019 merupakan hari yang mendebarkan untuk Rumitthira dan Zul Aizat kerana berentap di Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2019.

Sekali lagi gelanggang boling Ole-Ole Super Bowl Seremban 2 telah menyaksikan kemenangan Rumitthira,   dengan jatuhan pin sebanyak 319 beliau telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori Perempuan Individu
di dalam kejohanan ini. Tahniah dan syabas diucapkan, selayaknya Rumitthira dinobatkan sebagai Ratu Boling PPKI Mambau. 
Memandangkan tahun ini merupakan tahun akhir persekolahan bagi Rumitthira, gusar juga memikirkan siapakah yang bakal menggantikan tempat Rumi tahun depan.

Bagi kategori Lelaki Individu, Zul Aizat kurang bernasib baik pada kali ini
namun tetap memberi saingan sengit kepada pihak lawan.  Harapannya ini dapat dijadikan pengalaman yang berharga untuk memantapkan lagi permainan di masa akan datang.



Sekalung penghargaan  dan ucapan terima kasih untuk anda berdua kerana telah menaikkan dan mengharumkan nama PPKI SMK Mambau.
















Friday 21 June 2019

PROGRAM TIGA PENJURU DAN SAMBUTAN HARI RAYA PPKI 2019

Perjumpaan Tiga Penjuru dan Sambutan Hari Raya telah diadakan serentak pada 21 Jun 2019. Syukur kerana kedua-dua program ini telah berjalan dengan lancar dan baik.

Program Tiga Penjuru bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 10.30pagi. Dengan adanya program ini, ibu bapa berpeluang untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah baik dalam soal pembelajaran mahupun pergaulan serta dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak mereka.

Selesai Program Tiga Penjuru, agenda seterusnya ialah Program Sambutan Hari Raya yang bermula sekitar jam 10.45 pagi.

Sambutan Hari Raya berkonsepkan 'potluck' dibanjiri dengan pelbagai makanan enak termasuk 'main dish' yang dibuat istimewa oleh PPKI iaitu lemang dan rendang ayam.

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis, terdiri daripada ibu bapa pelajar, barisan pentadbir, ketua bidang, mantan GPK1 Tuan Hj Abu Bakar serta tetamu istimewa dari PPD Seremban iaitu En Nurolbain. 

Jika ada kesempatan jumpa lagi di 'open house' kami pada Syawal tahun hadapan.




Sekitar program Tiga Penjuru.





























Warna-warni Aidil Fitri PPKI 2019







































































Sekian dulu...Jumpa lagi di Syawal 2020.