Perkhemahan perdana selama 2 hari 1 malam pada 15 Jun - 16 Jun di Rantau Agro Park telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar-pelajar SMK Mambau. Ini termasuklah penyertaan oleh 5 orang pelajar PPKI iaitu Rumitthira, Hemaloshini, Jethro, Hafiz dan Navanithan.
Keterujaan untuk berkhemah sangat jelas pada raut wajah mereka kerana Rantau Agro Park ini merupakan tempat aktiviti riadah di kawasan sungai, pinggir hutan dan dusun buah-buahan.
Berkumpul di kawasan parkir sekolah kira-kira jam 7.30pagi sebelum bertolak ke lokasi.
Sampai di lokasi dan harus melalui titi gantung sebelum tiba ke tapak perkhemahan. 'Adventure' lah tempat ni.
Sesi pembahagian kumpulan.
Berkerjasama untuk mendirikan khemah masing-masing. PPKI dan perdana tiada beza, mereka boleh berkerja dalam satu kumpulan.
Sesi 'ice breaking'.
Diantara aktiviti-aktiviti yang di jalankan.
Minum petang setelah selesai aktiviti riadah.
Aktiviti malam. Masing-masing suspen apa lah cabaran yang bakal mereka hadapi, dengan suasana sunyi berlatarkan bunyi unggas, gelap dan sejuk. Memang mendebarkan tetapi aktiviti ini dapat menguji sifat berani di dalam diri mereka.
Aktiviti hari kedua dan penutup.
Diantara aktiviti hari ini ialah pertandingan masakan rimba.
Juri-juri sedang membuat penilaian.
Program tamat sekitar jam 1.00tengahari, para peserta disajikan dengan makan tengahari sebelum balik ke rumah masing-masing.
Terima kasih kepada semua guru dan ppm yang terlibat di program perkhemahan perdana ini.
No comments:
Post a Comment