Monday 28 November 2016

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PROGRAM-PROGRAM PPKI SMK MAMBAU SEPANJANG TAHUN 2016


Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya..pelbagai suka duka yang telah dilalui oleh PPKI SMK Mambau sepanjang tahun ini..terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam melaksanakan program-program PPKI SMK Mambau..diharap ukhwah yang terjalin antara semua sepanjang tahun ini akan berkekalan hingga akhir hayat...

Semoga PPKI SMK Mambau terus berjaya pada masa hadapan dan PPKI SMK Mambau menjadi PPKI yang terbaik di Negeri Sembilan seterusnya di Malaysia...

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.




Sunday 27 November 2016

MAJLIS JASAMU DIKENANG EN. JAFRI BIN MUSKIMAN (MANTAN PEMUAFAKATAN IBU BAPA PPKI SMK MAMBAU) DAN SAMBUTAN HARI JADI JULAI-DISEMBER




25 NOVEMBER 2016

Penutup bagi program PPKI SMK Mambau bagi tahun 2016 adalah Majlis Jasamu Dikenang Encik Jafri Bin Muskiman ( Mantan Pengerusi Permuafakatan Ibu Bapa PPKI SMK Mambau) dan Sambutan Hari Jadi bagi murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember. Majlis ini diadakan pada hari terakhir persekolahan 2016, 25 November 2016, Jumaat di PKG SMK Mambau. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim Bin Othman. Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Jafri Bin Muskiman atas jasa dan uasaha beliau sepanjang memgang jawatan sebagai Penegrusi Badan Permuafakatan Ibu bapa PPKI SMK Mambau. Banyak jasa dan kemajuan yang dilakukan sepanjang beliau memegang jawatan ini. Jasamu akan terus dikenang.

Sebelum majlis berakhir, murid-murid PPKI yang lahir pada bulan Julai sehingga Disember diraikan dalam acara memotong kek. Terserlah keceriaan diwajah mereka apabila nyanyian lagu selamat hari lahir didendangkan. Moga kalian terus membesar menjadi anak yang penyejuk mata ibu dan ayah. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PPKI SMK MAMBAU

JUMPA LAGI DI TAHUN 2017!!! 















Thursday 24 November 2016

PROGRAM KO-AKADEMIK SEKOLAH PPKI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016

22 NOVEMBER 2016

4 Orang murid PPKI SMK Mambau telah menyertai Program Ko-Akademik Sekolah PPKI Peringkat Negeri Sembilan 2016 pada 22 November 2016, Selasa di Sekolah Kebangsaan Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan. Murid-murid ini mewakili Seremban bagi pertandingan Explorace Sains. Meskipun kemenangan tidak memihak kepada mereka tetapi pengalaman yang diperolehi sungguh berharga. 

PPKI SMK Mambau turut menghantar 3 orang guru Puan Malini Binti Md Zaki, Puan Shahina Ashikeen Binti Hj. Jamil dan Cik Siti Noroni Binti Omar sebagai AJK Makanan yang bertugas sepanjang program ini berlangsung. Program yang berlangsung selama 1 hari ini memberi peluang kepada murid PPKI menunjukkan bakat mereka. Insya Allah, kita cuba lagi tahun depan untuk menang...:)





















Monday 21 November 2016

ANUGERAH INSAN TERBILANG NEGERI SEMBILAN 2016


18 NOVEMBER 2016

TAHNIAH!!!!!

Dinesh Raja A/L Thamby Raja telah menjulang nama PPKI SMK Mambau apabila dikurniakan Anugerah Khas Pendidikan Khas Sekolah Menengah (Putera) dalam Majlis Anugerah Insan Ternilang Negeri Sembilan (AITNS) Sektor Pengurusan dan Kemanusian Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2016. Majlis ini telah diadakan di D'Tempat Country Club Sendayan. Beliau terpilih menerima anugerah ini kerana penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan. Puan Nanthamalar turut hadir di majlis ini sebagai guru pengiring dan juga Pengetua Cemerlang SMK Mambau Ruan Haji Nor Hashim Bin Othman turut hadir untuk meraikan kecemerlangan Dinesh Raja. Tahniah sekali diucapkan..










Saturday 19 November 2016

HARI KUALITI PPKI SMK MAMBAU 2016


17 NOVEMBER 2016

Satu majlis meraikan anak-anak syurga PPKI SMK Mambau telah diadakan pada 17 November 2016 (Khamis) di D'Tempat Country Club, Sendayan. Majlis ini dinamakan Hari Anugerah Kualiti PPKI SMK Mambau kerana dalam majlis ini murid yang banyak aktif dan memperolehi pencapaian yang cemerlang sepanjang 2016 diberikan anugerah tanda kecemerlangan mereka. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Suhila binti Shohod, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Pengetua Cemerlang SMK Mambau, Tuan Haji Nor Hashim Bin Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Mambau, Puan Rozila Binti Wahidin dan Pengerusi Badan Permuafakatan PPKI, Encik Firdaus Salinder. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu kehormat kerana sudi meraikan anak-anak syurga kami.

Majlis yang berlangsung dengan begitu meriah dan gemilang ini sangat bermakna kepada warga PPKI SMK Mambau. Jelas terpancar keceriaan diwajah anak-anak syurga kami kerana diraikan dalam majlis seperti ini. Tahniah kepada Rumithirra A/P Veeramany kerana dinobatkan sebagai Tokoh Murid PPKI SMKM 2016. Manakala bagi kategori guru dan PPM, Anugerah Pengetua telah dianugerahkan kepada Encik Mohd Zabid Bin Omar dan Puan Fazeedatul Azua Binti Rosli. Tahniah diucapkan!!!