Tuesday, 15 November 2016

PROGRAM PdP LUAR BILIK DARJAH KE LANGKAWI (UDARA) - part 1

9 November 2016

            Pada tahun ini PPKI SMK Mambau mengadakan Program PdP Luar Bilik Darjah ke Langkawi menggunakan pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Kami telah memilih pihak penerbangan Air Asia untuk program ini. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan tempat lawatan yang kami pergi meliputi kawasan sekitar Langkawi.


            Perjalanan kami bermula seawal jam 4 pagi dimana kami berkumpul di kawasan perkarangan sekolah untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke KLIA 2. Setelah bilangan kami telah mencukupi, kami bergerak ke KLIA 2 pada jam 4.30 pagi dan kami telah sampai di sana pada pukul 5.20 pagi. Setibanya kami di KLIA 2, guru-guru dan murid-murid Islam menunaikan solat subuh terlebih dahulu manakala yang lain mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di dalam kawasan KLIA 2 tersebut.






            Pada jam 6.20 pagi, kami beratur di laluan Pelepasan Dalam Negeri untuk tujuan pemeriksaan pihak polis dan pihak kastam sebelum memasuki ruang menunggu. Setelah sejam menanti di ruang menunggu, tibalah perkara yang dinanti-nanti semua iaitu menaiki pesawat ke  Langkawi. Terpancar kegembiraan di wajah murid-murid PPKI SMK Mambau apabila dapat memasuki kabin pesawat kerana kebanyakkan daripada mereka mengalami pengalaman yang pertama kali menaiki kapal terbang. Terdapat juga beberapa murid-murid yang gelisah dan berdebar. Kami berlepas dari KLIA 2 ke Langkawi pada jam 7.30 pagi.




            Perjalanan udara ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam sahaja. Kami tiba di sana pada jam 8.30 pagi dan pihak perlancongan yang kami upah telah menanti di sana. Kami dibawa bersiar-siar sekitar Langkawi menaiki bas  dan dibawa ke sebuah restoran untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu Langkawi Inn dan segala urusan pembahagian bilik dilakukan disini. Kami dibahagikan kepada 3 apartment dan selepas itu kami diberi masa untuk berehat.










            Aktiviti kami diteruskan pada jam 2.30 petang dan kami dibawa menaiki van ke Jeti Kuah. Kami menaiki bot di jeti dan meneruskan perjalanan selama 30 minit menaiki bot ke Tasik Dayang Bunting. Setibanya kami di sana,kami berjalan kaki selama 10 minit menerokai kawasan hutan melalui trek yang disediakan menuju ke Tasik Dayang Bunting. Setibanya kami di tasik tersebut,kami semua terpana dengan keindahan alam.Segala penat lelah ketika berjalan tadi hilang sekelip mata selepas melihat keindahan tersebut.










          Selepas itu,kami dibawa pula menaiki bot ke Pulau Helang untuk melihat burung helang menyambar makanan yang tukang bot kami berikan seterusnya ke Pulau Beras Basah. Di Pulau Beras Basah ini kami diberikan peluang untuk bermain air laut.Murid-murid PPKI SMK Mambau mengambil peluang untuk bermain air laut dan bermain pasir sesama mereka.

         Perjalanan hari pertama berakhir selepas kami sampai ke jeti semula.Kami dibawa pulang ke apartment semula untuk makan malam dan berehat.








No comments:

Post a Comment