Saturday 6 August 2016

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAH PENGAWAS PERPUSTAKAAN & PERASMIAN PERPUSTAKAAN MINI PPKI SMK MAMBAU 2016

1 OGOS 2016

Secara rasminya PPKI SMK Mambau telah mempunyai sebuah perpustakaan mini untuk kegunaan semua warga PPKI SMK Mambau. Perpustakaan mini ini diwujudkan bagi memupuk amalan dan budaya membaca dalam kalangan murid-murid PPKI SMK Mambau.Alhamdulilah, berkat kesungguhan guru-guru perpustakaan mini PPKI SMKM Puan Nanthamalar dan Puan Nuraisyah serta semua guru-guru PPKI dan para Pembantu Murid perpustakaan mini dapat dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMKM, Tuan Haji Nor Hashim Bin Othman pada 1 Ogos 2016 (Isnin).

Diharapkan dengan adanya perpustakaan mini ini, budaya membaca menjadi amalan bagi murid-murid PPKI. Kepada pengawas perpustakaan yang telah dilantik diucapkan selamat menjalankan tugas, Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis perasmian ini.