Friday 9 December 2022

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Petanque, Pertandingan Sukaneka dan Program Sehari Berpengakap

 9/12/2022, Jumaat

Amanah yang diberi,

Kami tak persiakan,

Apa yang kami janji,

Tunai tetap kami tunaikan....

(lagu Guru Malaysia)


Penyampaian hadiah seperti yang dijanjikan  kepada semua pemenang bagi semua pertandingan yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Tahniah buat semua yang menang sama ada individu mahu pun berkumpulan.









https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02wbwv49JS1DVVLUEhpmKBStzAemMiC6BJneUVdm4Ks3CZWe5mnMqhensFn4mhX8SWl&id=100003897802183&mibextid=Nif5oz

Thursday 8 December 2022

Penilaian Amali SKM 3

 8/12/2022, Khamis

PPKI SMK Mambau merupakan salah satu Pusat Penilaian Amali (PPA) SKM 3 Refleksologi kaki, tangan dan telinga. 

Hari ini 2 orang calon dari Kelantan menjalani Penilaian Amali oleh PPL di sini dan telah lulus ujian tersebut.















Terima kasih diucapkan kepada Pn Zainab binti Abu Kassim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas jabatan Pendidikan Negeri Sembilan atas kesudian menyampaikan sijil kepada 2 orang calon yang telah berjaya lulus dalam penilaian ini.





Majlis hi tea Puan Norazlina

 8/12/2022, Khamis

Majlis ini diadakan di cafe The Urban Affairs. Majlis bermula jam 2.45 petang.


Pohon duku di simpang tiga, 

Jangan lupa buahnya dibawa,

Meskipun kita berpisah raga, 

Namun tetaplah bersatu jiwa,

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masa cuma, 

Sisihkan sengketa kiranya ada, 

Bertemu berpisah perencanaan-Nya


Salam perpisahan buat Pn Norazlina. Moga terus cemerlang ditempat baharu.











Yang diraikan, Pn Norazlina
























Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti sepanjang berada di PPKI SMK Mambau. Moga ukhuwah terus terjalin.