Thursday 8 December 2022

PROGRAM SEHARI BERPENGAKAP

 8/12/2022, Khamis

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli pengakap PPKI merasai pengalaman dalam menyertai aktiviti pengakap, memberi pendedahan kemahiran ilmu pengakap kepada ahli pengakap PPKI, melatih dan memupuk semangat setia kawan dan bekerja dalam kumpulan “team work” serta memupuk semangat kecekalan hati,keyakinan diri yang tinggi dan berdisiplin.

Semua ahli pengakap dibahagikan kepada 4 patrol dan setiap patrol perlu menyelsaikan semua tugasan di setiap setesen. Setiap patrol akan dinilai oleh guru-guru yang bertugas di setiap stesen. Patrol terbaik keseluruhan akan diberi hadiah.

Empat stesen disediakan iaitu:

a) Stesen  masakan rimba (membuat roti lilit)

b) Stesen mendirikan khemah

c) Stesen kraftangan

d) Stesen Kim's Game 


Taklimat tentang perjalanan aktiviti dan pembahagian murid oleh Cikgu Shahina Ashikeen

                               

                                        






Taklimat mengenai stesen masakan rimba oleh Cikgu Malini.




























Bertuah pada hari ini, kita didatangi oleh Pn Zainab binti Abu Kassim (bertopi pengakap) iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.




















Kim's game





Penghasilan kraftangan menggunakan daun pandan


     


Suntingan video oleh Pn Khamisah


Tahniah dan syabas buat semua murid. Moga pengalaman melakukan aktiviti pengakap ini dapat menimbulkan minat dalam diri setiap murid untuk aktif dalam berpengakap khususnya murid-murid baru.


No comments:

Post a Comment