Saturday 19 September 2015

Karnival Kesenian P.Khas Peringkat Kebangsaan 2015



12-15 September 2015












Kejayaan yang diperolehi oleh Kontijen Negeri Sembilan pada tahun ini ialah :


  • Muhammad Nur Wazif Bin Abdullah
    • Tempat ketiga Pertandingan Sobek Wau Kategori Masalah Pendengaran




Program Ambang Merdeka PPKI SMK Mambau 2015

17  Ogos 2015 - 16 September 2015

     Hari kemerdekaan negara yang disambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Oleh yang demikian, Program Pendidikan Khas Integrasi akan menganjurkan beberapa akiviti sepanjang Program ‘D’Ambang Merdeka’.  Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan juga pembantu pengurusan murid. 

Program-program yang dijalankan sepanjang ambang kemerdekaan ialah :
  • Pertandingan fesyen tradisional
  • Pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • Pertandingan melukis dan mewarna Jalur Gemilang
  • Larian Jalur Gemilang
  • Kuiz Kemerdekaan
  • Tayangan video Sarjan Hassan
  • Pertandingan sobek wau

















Sunday 13 September 2015

Program Rekreasi Hill Park dan Bowling


9 September 2015

Terapi Boling dan Riadah di Hill Park merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk membangunkan potensi MBK. Terapi Boling merupakan sukan dalaman (indoor games) untuk murid-murid Pendidikan Khas.  Terapi ini menjadi medan untuk murid-murid ini menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing di kalangan mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada MBK.

Aktiviti riadah merupakan salah satu cara amalan gaya hidup sihat yang dapat menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.  Di samping itu, program ini juga dapat menanamkan perasaan cintakan alam sekitar.

Melalui program ini, murid dapat membentuk ciri-ciri positif bagi memperbaiki dan melengkapkan diri menghadapi persaingan masa kini.  Pemerhatian, latihan yang berterusan, kemahiran yang tinggi dan teknik-teknik bermain boling yang betul dapat melahirkan pemain yang berkaliber, berkebolehan dan berdaya saing. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan warga PPKI dan meningkatkan integrasi sosial dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti riadah. Murid-murid juga diberi peluang untuk menghayati keindahan awal pagi di Hill Park.



















Saturday 5 September 2015

Karnival Kesenian Dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2015


2 September 2015

    Karnival Kesenian Dan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian Pedas. Murid PPKI SMK Mambau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Murid PPKI SMK Mambau juga telah membawa pulang beberapa kejayaan yang membanggakan.

Antara kejayaan yang telah diperolehi adalah :

  • Johan Pertandingan Menyobek Wau Kategori Masalah Pembelajaran
    • Muhammad Zairi Bin Mokhtar
  • Tempat ketiga Pertandingan Mewarna Batik Kategori Masalah Pendengaran
    • Velvaruban A/L Arunasalam