Friday 17 February 2023

MAJLIS ANUGERAH INSAN TERBILANG SMK MAMBAU

 17 Mac 2023, Jumaat

Dewan Terbuka SMK Mambau


Seramai 5 orang murid PPKI terpilih untuk menerima anugerah dalam majlis ini iaitu:

1. Hema Loshinii a/p Veeramany berjaya mendapat...

- Anugerah Cemerlang Kokurikulum

 - Anugerah Emas

 - Anugerah Sahsiah Terpuji


2. Jaya Prakash a/l Gunasegaran  berjaya mendapat...

 - Anugerah Harapan Kokurikulum

  - Anugerah Perak

  - Pencapaian Terbaik Kurikulum


3. Wong Cheng Yeong  berjaya mendapat...               

 - Anugerah Gangsa


4. Muhammad Hazimin bin Daud mendapat...

 - Pencapaian Terbaik Kurikulum

serta...

5. Nyon Ken Fung mendapat                     

 - Pencapaian Terbaik Kurikulum


Hema Loshinii


Wong Cheng Yeong

Muhammad Hazimin 

Nyon Ken Fung

Jaya Prakash tidak dapat hadir pada hari ini kerana tidak sihat. Kita doakan semoga Jaya cepat sembuh.


Berita gembira buat semua warga PPKI kerana Kelab Pendidikan Seni Visual PPKI telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Projek Sekolah Dalam Taman. 

Tahniah Cikgu Farah Wahida selaku ketua dalam pertandingan ini. Tahniah buat barisan guru , pembantu pengurusan murid (PPM) serta semua murid PPKI SMK Mambau.

Sumbangan idea, barangan, wang ringgit, berkorban masa dan tenaga serta kerjasama semua guru, PPM dan murid menyumbang kepada kejayaan ini...

Paling penting adalah kerja berpasukan. 

Team work is the key to success.

Tahniah buat semua warga PPKI .


Cikgu Azlina


Tahniah sekali lagi buat semua penerima anugerah...

ANDA HEBAT!

Wednesday 15 February 2023

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

 Tarikh : 15 Februari 2023, Rabu

Tempat: Kantin.my Senawang

Masa : 2.30 petang

Pagi tadi bersama dengan murid-murid PPKI, pada sebelah petang pula, jamuan bersama barisan guru dan PPM PPKI. Ada juga tetamu undangan yang hadir iaitu  Tn Roslan bin Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, JPNS), En Zulkifli bin Ismail (PK HEM), En Wan Mohamad Ariff dan Pn Norazlina binti Mohamad. Terima kasih sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis kami pada petang ini.


Ucapan alu-aluan Pengerusi Kelab Keluarga PPKI merangkap pengacara majlis pada petang ini.

Ucapan Cikgu Malini binti Md Zaki, setiausaha pentadbiran PPKI SMK Mambau.

Ucapan yang diraikan Cikgu Abdul Jelani bin Mohd Zin , PK Pendidikan Khas

Pesanan yang ditinggalkan buat kami, akan sentiasa segar dalam ingatan. 


Jamuan makan...


















 Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah..

Hadiah daripada guru PPKI dan PPM disampaikan oleh Tn Roslan bin Ibrahim, KPP Sektor Pend Khas yang juga merupakan mantan PK Pend Khas SMK Mambau. 




Hadiah daripada Cikgu Farah Wahida


Dari kiri, Pn Farawahida, Cikgu Farah Wahida, Pn Noor A'sikin dan Pn Khamisah

Cikgu Shahina Ashikeen (bertudung coklat) dan Cikgu Azlina (bertudung merah)


Cikgu Nuraisyah (berbaju merah) dan Cikgu Malini


Pn Farawahida (bertudung coklat) dan Cikgu Farah Wahida #farahkuasadua

Pn Noor A'sikin

Pn Khamisah


Cikgu Nanthamalar

Cikgu Sanmugam



Cikgu Margaret Ann



SESI BERGAMBAR

Mengabadi kenangan bersama......


Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati, 
Budi Cg Jai kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati..

Dari kiri, Cikgu Sanmugam, Cikgu Zulkifli (PK HEM), Cikgu Abdul Jelani (PK Pend Khas/yang diraikan), Tuan Roslan (KPP Sektor Pend Khas), Cikgu Azean..










TEAM PPKI

Kami....






Suntingan video oleh Pn Khamisah


Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Selamat bersara Cikgu Abdul Jelani @ Cikgu Jai...

Didoakan agar terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan ,bahagia dunia akhirat..


Moga ukhuwah kekal terjalin...

MAJLIS JAMUAN PERSARAAN PK PENDIDIKAN KHAS BERSAMA MURID-MURID PPKI

 15 Februari 2023, Rabu

Dewan PPKI SMK Mambau

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan..

Semua warga PPKI SMK Mambau (guru, PPM dan murid) berkumpul pada pagi ini untuk meraikan persaraan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Cikgu Abdul Jelani bin Mohd Zin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Jai yang menjadi kesayangan warga PPKI khususnya murid-murid PPKI SMK Mambau

Tampil segak bergaya dengan berbaju kemeja biru  Cikgu Jai pada hari ini.

Berjalan melangkah masuk ke dewan dengan lemparan senyuman manis disambut dengan gembira oleh anak-anak PPKI.

Tepukan dan sorakan serta  panggilan "Cikgu Jai!".. "Cikgu Jai!"  berulang kali di bibir anak-anak  PPKI ini tidak perlu diperjelaskan lagi hubungan "istimewa" yang terjalin di situ. Seolah-olah mereka menanti kemunculan cikgu kesayangan mereka.



Selempang biru "Happy Retirement" dikalungkan oleh Cikgu Azean




Ucapan wakil murid disampaikan oleh Mohd Norizwan bin Ramli


Ucapan terakhir Cikgu Jai yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak PPKI



Penyampaian kad oleh wakil murid iaitu Hema Loshinii.
Kad "gergasi" khas buat Cikgu Jai daripada murid-murid PPKI. Kad ini dibuat oleh anak-anak PPKI
dibawah bimbingan Cikgu Azlina binti Hang Tuah. 



Hadiah istimewa daripada murid-murid PPKI di sampaikan oleh wakil murid iaitu Fatin Alyaa.


Hadiah daripada Hazimin buat Cikgu Jai






Jom potong kek...




Andainya bintang diangkasa tidak mampu dikira, begitulah jua besarnya jasa Cikgu Jai...

Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya  hati melepaskan pergi.

Kami warga PPKI mendoakan Cikgu Jai sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia yang seterusnya bersama keluarga tercinta....

Selamat bersara Cikgu Jai, segala kenangan bersama akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma,

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan Nya,




Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan...