Wednesday, 15 February 2023

MAJLIS JAMUAN PERSARAAN PK PENDIDIKAN KHAS BERSAMA MURID-MURID PPKI

 15 Februari 2023, Rabu

Dewan PPKI SMK Mambau

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan..

Semua warga PPKI SMK Mambau (guru, PPM dan murid) berkumpul pada pagi ini untuk meraikan persaraan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Cikgu Abdul Jelani bin Mohd Zin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Jai yang menjadi kesayangan warga PPKI khususnya murid-murid PPKI SMK Mambau

Tampil segak bergaya dengan berbaju kemeja biru  Cikgu Jai pada hari ini.

Berjalan melangkah masuk ke dewan dengan lemparan senyuman manis disambut dengan gembira oleh anak-anak PPKI.

Tepukan dan sorakan serta  panggilan "Cikgu Jai!".. "Cikgu Jai!"  berulang kali di bibir anak-anak  PPKI ini tidak perlu diperjelaskan lagi hubungan "istimewa" yang terjalin di situ. Seolah-olah mereka menanti kemunculan cikgu kesayangan mereka.



Selempang biru "Happy Retirement" dikalungkan oleh Cikgu Azean




Ucapan wakil murid disampaikan oleh Mohd Norizwan bin Ramli


Ucapan terakhir Cikgu Jai yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak PPKI



Penyampaian kad oleh wakil murid iaitu Hema Loshinii.
Kad "gergasi" khas buat Cikgu Jai daripada murid-murid PPKI. Kad ini dibuat oleh anak-anak PPKI
dibawah bimbingan Cikgu Azlina binti Hang Tuah. 



Hadiah istimewa daripada murid-murid PPKI di sampaikan oleh wakil murid iaitu Fatin Alyaa.


Hadiah daripada Hazimin buat Cikgu Jai






Jom potong kek...




Andainya bintang diangkasa tidak mampu dikira, begitulah jua besarnya jasa Cikgu Jai...

Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya  hati melepaskan pergi.

Kami warga PPKI mendoakan Cikgu Jai sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia yang seterusnya bersama keluarga tercinta....

Selamat bersara Cikgu Jai, segala kenangan bersama akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma,

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan Nya,




Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan...


No comments:

Post a Comment