Thursday 20 October 2022

PERTANDINGAN PETANQUE (KATEGORI TERBUKA) KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

 20 Oktober 2022, Khamis

Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi.


PPKI SMK Mambau telah menghantar 2 orang murid iaitu:

1. Hema Loshinii a/p Veeramany

2. Muhammad Norizwan bin Ramli


Hema Loshinii dan Norizwan















Lawan "kawan" sendiri...




Duduk dari kiri, Cikgu Jai (Penolong Kanan Pend Khas). Cikgu Malini (guru pengiring/coach petanque PPKI SMK Mambau)

Walaupun tidak menang, namun pengalaman itu lebih berharga. 

In Shaa Allah kita cuba lagi di perlawanan akan datang...



Wednesday 19 October 2022

PERTANDINGAN EXPLORACE KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

 19 OKTOBER 2022, RABU

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN (KOMBES)  PAROI..


PPKI SMK Mambau menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 3 orang murid iaitu:

1. Nur Nas'aliya Zahra

2. Muhammad Hazim Aiman

3. Lee Jia Jun


Setiap pasukan perlu menyelesaikan tugasan di 7 buat stesen. 

Tahniah buat pasukan PPKI SMK Mambau kerana mendapat tempat ke 4 daripada 21 jumlah pasukan yang menyertai...

Tahniah..Tahniah...Tahniah...

Terima kasih buat Cikgu Farah Wahida selaku guru pengiring...jasamu dikenang...







Tarian tradisional #serbaboleh

Nasib baik badan Aiman kecil molek je...

Membuat origami






Kesungguhan yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi.Terbaik Aiman dan Jia Jun


Zahra...


Kerjasama












Tempat ke 4 katanya...tahniahhhhhh...



Dari kiri, Cikgu Farah Wahidah, Zahra, Lee Jia Jun, Aiman dan Cikgu Jai(Penolong Kanan Pend Khas)




Tahniah....hebat.....

Tuesday 18 October 2022

PROJEK VADAI DEEPAVALI DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HAMPER DEEPAVALI 2022

 18 Oktober 2022 , Selasa..

Dua aktiviti serentak hari ini. 

Projek Vadai Deepavali bermula jam 10.00 pagi. Setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh Cikgu Nanthamalar.

Setiap kumpulan perlu bekerjasama menyiapkan menu vadai mengikut resepi yang telah disediakan oleh Cikgu Margaret Ann. 

Sesi taklimat dan penerangan oleh Cikgu Margaret


Agihan dhal yang telah siap direndam kepada setiap kumpulan.

Kumpulan Cikgu Azlina dan Puan Farawahida

Kumpulan Cikgu Aisyah dan Puan Khamisah



















Cikgu Jai, Penolong Kanan Pendidikan Khas


Cikgu Jai kata vadai semua kumpulan sedap, terbaik...Tahniah semua...



Video daripada Puan Khamisah..terima kasih Kak Kham..


Selesai menjamu selera menikmati vadai masing-masing, aktiviti diteruskan pula dengan Penyampaian Sumbangan Hamper Deepavali kepada semua murid-murid India yang akan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Penyampaian hamper ini disempurnakan oleh Cikgu Abdul Jelani, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Naaventher


Jaya Prakash


Hema Loshinii


Sneha


Panevsha



Jusakthii



Bapa Lahveeniya


SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI BUAT SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG MENYAMBUTNYA...

DARIPADA PPKI SMK MAMBAU.