Saturday 1 December 2018

TAMATNYA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Sesi persekolahan tahun 2018 melabuhkan tirai tanggal 23 November 2018 yang lalu. Semua program yang dirangka telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna. SYABAS dan TAHNIAH kepada semua warga PPKI SMK Mambau yang sangat komited terhadap setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Seramai 6 orang pelajar telah berjaya  menamatkan sesi persekolahan mereka. Kami di PPKI SMK Mambau bakal merindui Sherwin, Arvin, Zhi Yin, Hui Ssang, Pei Jin dan Kirthana. Semoga mereka berjaya di luar sana dan praktik kan lah segala kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari selama tujuh tahun di SMK Mambau ini.

Kepada pelajar yang lain diucapkan selamat bercuti, isikanlah masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Jaga diri dan kesihatan, bantu ibubapa dan jangan terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral. 

Selamat tinggal 2018, segala memori suka dan duka yang terlakar sepanjang tahun ini akan menjadi kenangan terindah  di dalam diari kehidupan kita. Segala kekurangan kita ambil sebagai teladan untuk diperbaiki di masa akan datang.

Blog ini akan menyepi untuk seketika, mohon maaf andai ada tulisan yang mengguris jiwa dan melukakan perasaan. Jumpa lagi di tahun 2019👋👋👋


Sekian, salam manis dari team blogger 2018 💓 




Yeayyy cuti panjang bermula 💕

Bye-bye Kirthana 💕

Bye-bye Sherwin 💕
Bye-bye Zhi Yin 💕
💕

💕

💕

Gonna miss all of you 💕








Friday 23 November 2018

JOM KACAU PENGANAN CAIR

Jom Kacau Penganan Cair merupakan program kemuncak bagi sesi pembelajaran 2018. Dahulu penganan sinonim dengan musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri namun kini tidak lagi, ia sudah menjadi makanan kegemaran ramai sepanjang tahun.

Bahan-bahan utama untuk membuat kuih tradisional ini ialah tepung pulut, santan, gula enau (gula melaka) , gula pasir dan air.

Pertama sekali, tepung pulut,santan serta air digaul dan ditapis untuk mengelakkan dari adunan berketul sebelum memasukkan gula enau dan gula pasir.









Perancangan awal untuk mengacau penganan cair di kawasan kebun PPKI terpaksa dibatalkan ekoran dari hujan yang turun dengan begitu lebat sejak awal pagi sehingga merobohkan khemah yang telah disediakan. Lokasi program terpaksa dipindahkan ke perkarangan surau Al-Ghazali untuk lebih selesa dan memastikan proses mengacau penganan cair berjalan lancar.


Moh doreh kito kacau penganan cair 😤




Cikgu Roslan dan Cikgu Azean terpaksa berhujan untuk  menyelamatkan khemah daripada roboh tapi tidak berjaya 😢😢😢

Program ini turut melibatkan penyertaan ibubapa pelajar, walaupun bilangan yang hadir tidak ramai tetapi sudah cukup membantu mengacau penganan cair yang memakan masa lebih 3jam untuk disediakan.


Ibu kepada Rahmat dan Faez Aiman.


Kancah (kuali besar ) atau kawah  tempat untuk mengaul semua bahan.




Tepung pulut dan santan yang telah ditapis dimasukkan ke dalam kancah.










Gula enau dimasukkan satu persatu.







Akhir sekali masukkan gula pasir 😁


Semua bahan telah dimasukkan, masa untuk mengacau bermula 😎







Semakin likat penganan, semakin berat sudip, jadi lebih tenaga digunakan untuk mengacau 😅
Kami bergilir-gilir mengacau sehingga warna penganan bertukar kecoklatan dan timbul 'buih' besar  ala-ala gunung berapi 😄 Dahsyat kan 😆😅































Setelah hampir 3 jam lebih mengacau, penganan cair masak dengan sempurna. Bukan sahaja tekstur nya yang cantik berkilat, tapi seiring dengan rasanya yang enak, cukup segalanya. Memang terbaik boh  😉👍👍👍

Kemudian penganan cair diisi ke dalam bekas untuk diagih-agihkan kepada semua yang terlibat dengan program ini.























Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan program kemuncak 2018, Jom Kacau Penganan Cair .
Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kesulitan, namun dengan kerjasama yang mantap dari semua pihak segalanya dapat diatasi dengan baik dan mudah.

Syabas kepada semua anda memang ohsem 👌👍