Friday 9 August 2019

LAWATAN OLEH KPJ SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL

25 JULAI 2019

Kesinambungan daripada Program Sehari Bersama KPJ pada tahun lepas (Oktober 2018)...

Pihak KPJ telah berbesar hati memberi sumbangan kepada pihak sekolah dengan memberi peruntukan bagi membaikpulih bilik kesihatan sekolah dan dewan PPKI(termasuk bilik seni PPKI dan ruang refleksologi PPKI). Syukur alhamdulillah, kerja-kerja membaik pulih telah selesai. Bilik kesihatan dan dewan PPKI nampak lebih cantik, selesa dan kondusif berbanding sebelum ini untuk kegunaan murid-murid. Terima kasih KPJ!

Maka, lawatan pada kali ini adalah untuk majlis perasmian kedua-dua bilik tersebut.

Ini adalah merupakan projek tanggungjawab sosial KPJ Seremban.

Turut hadir ialah En Sufian Bin Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif KPJ) dan barisan pegawai KPJ termasuklah Puan Noorashikin Binti Putih Mohd (Ketua Perhubungan Awam KPJ Seremban).

Persiapan menanti kunjungan pegawai dari KPJ Seremban.

Ruang refleksologi









Sedondon kita..debaran macam nak tunggu rombongan meminang mai...tak cukup ahli lagi ni..yang lain sibuk menguruskan tugas masing-masing sebelum majlis bermula.

Ni bukan perasmi ya..ni adalah wajah-wajah yang overtime semalam menyediakan pentas dan gimik perasmian..bagi la chance bergambar ...

Masih diberi kesempatan bergambar sementara menunggu rombongan sampai...hehe



Murid semua dah ready menyambut tetamu yang akan tiba sebentar lagi.





Akhirnya yang ditunggu telah tiba.. yang mendahului itu ialah En Sufian Bin Ismail CEO KPJ


Haa... ni barulah perasmi yang sebenar, dari kiri ialah En Roslan Bin Ibrahim(PK PPKI), En Sufian Bin Ismail (CEO KPJ) dan yang berbaju merah tu ialah Pengetua kami En, Mohd Nazzri Bin Mohd Desa.








 Bilik seni PPKI









Cenderamata tuala yang berbentuk seperti sekuntum bunga mawar yang  dihadiahkan oleh murid PPKI Rumithira kepada barisan VIP adalah kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid PPKI dibawah bimbingan Cikgu Azlina.




Cikgu Haslina jangan tidur ye, majlis dah nak bermula..😝


Cikgu Malini selaku pengacara majlis


 Bacaan doa oleh Ustaz Omar


 Ucapan En Mohd Nazzri Bin Mohd Desa, Pengetua SMK Mambau

 Ucapan oleh En Sufian Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ


 Penyampaian cenderamata oleh Tuan Pengetua kepada En Sufian, CEO KPJ



 Sesi bergambar


 Lawatan ke ruang d'refleks PPKI



 Dari kiri Cikgu Margaret Ann (Guru Refleksologi), En Khairul Hadi (PK Pentadbiran), Puan Noorashikin (Ketua Perhubungan Awam KPJ),En Mohd Nazzri Bin Mohd Desa(Pengetua), En Sufian Bin Ismail (CEO KPJ), En Roslan Bin Ibrahim (PK PPKI) dan 3 orang murid refleksologi iaitu dari kiri, Jananee, Hema Loshinii dan Wong Siow Wei.


 Tetamu menikmati jamuan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Mambau



 Penyampaian cenderamata oleh pihak KPJ kepada pihak sekolah.


Pihak sekolah dan PPKI SMK Mambau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KPJ Seremban di atas segala sumbangan yang diberikan dan sudi memilih SMK Mambau sebagai sekolah angkat KPJ Seremban bagi projek tanggungjawab sosial KPJ. Terima kasih KPJ...

We 💗 KPJ Seremban.