Sunday 28 July 2013

Program Iftar Jamai'e




Program Iftar Jamai'e atau berbuka puasa ini diadakan pada 26 Julai 2013, jam 6.30 ptg hingga 9.30 mlm di Hotel Sutera, Seremban 2.



Program ini melibatkan kesemua  45 murid PPKI, 11 guru PPKI dan 3 PPM. Selain itu, program telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengetua SMK Mambau dan beberapa ibu-bapa yang hadir bersama-sama anak mereka.




Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T . Diharapkan pelaksanaan program Iftar Jamaie ini dapat memberi kesan positif kepada para pelajar dalam mengamalkan segala amalan yang dituntut Islam disamping meningkatkan semangat perpaduan antara kaum dan saling hormat-menghormati agama dan budaya pelbagai kaum. Semoga program ini akan terus menjadi acara tahunan dan berjalan dengan lebih baik lagi. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Wednesday 24 July 2013

Program Kuih Raya 2013



Program Kuih Raya adalah satu aktiviti yang dirancang oleh guru-guru dan PPM PPKI sempena bulan Ramadhan bagi membantu para pelajar membuat persediaan menjelang Hari Raya.




Melalui program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar mendalami kemahiran membuat kuih sempena persediaan menyambut Hari Raya. Aktiviti ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan proses mengingat. Disamping itu menjadi harapan bagi guru-guru agar aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara guru dan para pelajar.




Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah S.W.T. Diharapkan segala ilmu membuat kuih yang diberioleh guru-guru kepada para pelajar akan member manfaat apabila mereka tamat alam persekolahan nanti. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Friday 5 July 2013

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 3 Julai 2013 bertempat di PKG Mambau. Program ini diadakan untuk memastikan setiap murid muslim PPKI SMK Mambau dapat melafazkan niat puasa dan niat berbuka puasa. Selain itu juga pelajar-pelajar didedahkan dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan cara melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

PPKI SMK Mambau dengan berbesar hati telah menjemput Ustaz Abdul Hafiz Bin Azarai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk mengisi slot ceramah untuk program ini. Selain daripada pelajar-pelajar PPKI SMK Mambau yang terlibat dengan ceramah ini,pelajar-pelajar peralihan SMK Mambau juga turut memeriahkan program ini. Kuiz menguji minda mengenai isi ceramah juga telah dibuat.







Program ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan memberi pengetahuan kepada semua yang terlibat. Diharap pada tahun hadapan program ini akan dilaksanakan lagi.