Monday 22 June 2015

Pertemuan 3 Penjuru 2015

19 Jun 2015


Program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada ibu-bapa murid PPKI bertemu dengan guru-guru bagi membincangkan prestasi dan kemajuan anak mereka sepanjang pertengahan tahun 2015...












Terima kasih diucapkan kepada semua ibu-bapa yang hadir di atas komitmen yang diberikan untuk Perjumpaan 3 Penjuru ini..

Friday 19 June 2015

Salam Ramadhan 2015

Add caption

Majlis Persaraan Pengetua Pn. Hasmah Bt Othman peringkat PPKI..

17 Jun 2015

Dengan bertemakan tradisional melayu, sebuah majlis telah diadakan oleh PPKI SMK Mambau bagi meraikan persaraan pengetua Puan Hasmah Binti Othman. Majlis ini diadakan untuk memberi peluang kepada seluruh warga PPKI SMK Mambau untuk berterima kasih kepada pengetua atas segala jasa dan kerjasama yang tidak terhingga kepada seluruh warga PPKI SMK Mambau. Sesungguhnya persaraan beliau sangat memberi kesan kepada kami semua kerana beliau seorang yang sangat sayangkan pelajar dan sentiasa memberi galakan yang baik untuk setiap program-program PPKI.

Warga PPKI SMK Mambau juga sangat berbesar hati kerana Ketua Unit P.Khas daripada JPNS, En. Ridzuan turut sama meraikan persaraan Pn.Hasmah Binti Othman.
















Tuesday 9 June 2015

Perkhemahan Jambori Wanita Peringkat Kebangsaan 2015

1-6 June 2015

Perkhemahan Jambori Wanita Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan di Kem Mutiara, Semenyih buat pertama kalinya. Seramai 3 orang murid PPKI SMK Mambau telah menyertai perkhemahan ini. Terdapat banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang perkhemahan ini antaranya aktiviti pengembaraan lasak, aktiviti air, aktiviti kepengkapan dan lawatan ke Floria 2015, Putrajaya... 

Ketiga-ketiga murid PPKI SMK Mambau ini telah dianugerahkan Pencapaian Mutiara..Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid ini..


  • Nur Hamizah Bt Zaharifuddin
  • Norshamsinar Bt Abd Shattar
  • Rumitthira A/p Veeramany