Monday 25 January 2016

PERJUMPAAN KALI PERTAMA UNIT BERUNIFORM PENGAKAP DAN KELAB MUTIARA HATI 2016

20 JANUARI 2016

Perjumpaan Kali Pertama Unit Beruniform Pengakap dan Kelab Mutiara Hati PPKI SMK Mambau 2016 telah diadakan pada 20 Januari 2016. Setiap tahun Ahli Jawatankuasa Kelab Mutiara Hati akan berubah bagi memberi peluang kepada semua murid untuk menunjukkan bakat kepimpinan yang ada.

Pada perjumpaan pertama ini, aktiviti yang dijalankan adalah memilih Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa setiap kali bagi Unit Beruniform Pengakap dan Kelab Mutiara hati. Murid-murid PPKI telah diberi peluang mencalonkan nama rakan-rakan mereka untuk memegang jawatan tersebut. Murid yang terpilih untuk memegang jawatan tersebut dipilih berdasarkan undian daripada rakan-rakan mereka.

Suasana ketika pemilihan sungguh meriah kerana semua murid melibatkan diri. selain daripad itu, guru yang mengetuai Unit Beruniform Pengakap iaitu En.Nazri dan Kelab Mutiara Hati iaitu Pn. Shahina Ashikeen turut menerangkan takwim aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016.

Sebelum perjumpaan berakhir, Puan Jamilah binti Kadir (PK Pendidikan Khas SMKM) telah memberi amanat beliau kepada murid-murid PPKI sempena tahun baru persekolahan 2016