Wednesday 19 August 2015

Minggu Pendidikan Khas 2015

3 -14 Ogos 2015 

Pada tahun ini sekali lagi PPKI SMK Mambau telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas. Program ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah,ibu-bapa, murid-murid istimewa tentang program-program yang dijalankan di sekolah. 

Objektif program ini ialah dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah khasnya tentang program dan aktiviti yang dijalankan oleh PPKI. Selain itu menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan memberi peluang kepada murid PPKI menunjukkan kebolehan mereka di dalam semua bidang seperti bersukan dan membuat kraftangan.

Antara program yang diadakan adalah :

  • gerai jualan
  • pertandingan gubahan hantaran
  • indahnya bahasa
  • oh my English
  • pertandingan permainan tradisional kontemporari
  • pertandingan mewarna batik
  • pameran kraftangan
  • klinik matematik
  • duniaku sains
  • pertandingan sketsa
  • pertandingan kolaj
  • permainan musang berjanggut
  • pertandingan menghias wau
  • permainan sahibba
  • merekacipta menggunakan doh
  • kem motivasi belajar