Thursday 20 July 2017

MESYUARAT BADAN PERMUAFAKATAN, PERJUMPAAN 3 PENJURU DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPKI SMK MAMBAU 2017

19 JULAI 2017

TIGA PROGRAM SERENTAK DALAM MASA 1 HARI???
Hanya ada di PPKI SMK Mambau, Seremban..........

Tentatif program :
                      
                   10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari - Mesyuarat Badan Permuafakatan 
                    12.00 tengah hari - 2.00 petang        - Majlis Sambutan Hari Raya &Perjumpaan 3                                                                                                                      Penjuru 

Ketiga-tiga program ini diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) SMK Mambau.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi datang seterusnya memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya. Kehadiran ibu bapa sangat memuaskan.

Mesyuarat badan permuafakatan di pengerusikan oleh En. Joy Dizulkarnain bin Latif (Naib Pengerusi Badan Permuafakatan). Ucapan tahniah buat Ustaz Bosri Bin Buyong kerana ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik beliau menjadi Pengerusi Badan Permuafakatan PPKI Tahun 2017/2018.

Perjumpaan Tiga Penjuru berjalan lancar. Murid-murid balik bersama  ibu bapa mereka  setelah selesai perjumpaan.

Program yang lebih meriah antara 3 program yang berlangsung ialah Majlis Sambutan Hari Raya...

Tema " RAYA SEDONDON" .....

menjadi pilihan PPKI pada tahun ini. Alangkah seronoknya anak-anak ini menikmati juadah yang disediakan. Antaranya ialah nasi beriani, nasi impit dan kuah kacang, mee sup, bubur pulut hitam, buah-buahan, koktail, agar-agar, brownies, dan pelbagai jenis biskut raya. Suasana majlis turut dimeriahkan dengan dendangan lagu-lagu raya.



MESYUARAT BADAN PERMUAFAKATAN









MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA



















PERJUMPAAN TIGA PENJURU











ALHAMDULILLAH..
DENGAN IZINMU JUA YA ALLAH KETIGA-TIGA PROGRAM INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.....