Tuesday 12 June 2018

PROGRAM KHATAM AL-QURAN, PROGRAM ILMU KEMANUSIAAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA

6 JUN 2018

Tiga program serentak dalam masa satu hari berlaku lagi di PPKI SMK Mambau...

Program Khatam Al-Quran khusus untuk murid-murid beragama Islam. Program ini adalah program yang diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan. Program ini berlangsung di Surau Al-Ghazali SMK Mambau dan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zabid Bin Omar.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Suzieliana Binti Othman (PK HEM) SMK Mambau kerana sudi hadir dalam program kami bagi mewakili Tuan Pengetua.
























Penyampaian cenderahti kepada murid-murid
                 























PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA GURU-GURU DAN PPM.....























Penyampaian cenderahati oleh En Roslan (PK PPKI) kepada Puan Suzieliana (PK HEM)





Pada masa yang sama juga, di PKG Mambau, Program Ilmu Kemanusiaan turut dijalankan khusus untuk murid-murid PPKI yang bukan beragama Islam. Program ini dikendalikan oleh Puan Nanthamalar, Puan Margaret Ann dan dibantu oleh Puan Farawahida.









Program ini juga tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Setelah itu, semua murid berkumpul di Dewan PPKI bagi majlis yang ketiga iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya.


Antara ibu bapa yang hadir

Bacaan doa oleh Tuan Hj Mohd Zabid



Ucapan oleh Tuan Hj Abu Bakar Bin Ab Ghalim (PK Pentadbiran) SMK Mambau
Penyampaian sumbangan aidilfitri





Murid bukan beragama Islam mendapat biskut raya (popia nestum) yang dihasilkan oleh mereka sendiri semasa Program Di Ambang Raya pada hari sebelumnya.

































SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA SEMUA WARGA PPKI SMK MAMBAU, SEREMBAN....