Friday 31 October 2014

Program Perkampungan Akademik 2014

27-28 OKT

Program Perkampungan Akademik ini merupakan anjuran bersama SMK Mambau dan Unit Pendidikan Khas PPD Seremban..program ini telah diadakan di Rantau Agropark selama 2 hari 1 malam..selain itu,progam ini melibatkan beberapa PPKI daripada sekolah2 lain antaranya SMK Shamsudin Nain, SMK Bukit Kepayang, SK Senawang, dan SMK Taman Tuanku Jaafar

Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan dengan objektif memantapkan bahasa di kalangan pelajar-pelajar PPKI antaranya Eksplorasi Bahasa, tayangan filem Gurindam Jiwa, pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan mewarna dan pertandingan sahibba.











Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada En.Azmir Bin Majid (PPD Seremban), pengetua SMK Mambau( Pn. Hasmah Bt Othman), sekolah- sekolah yang terlibat serta penyumbang2 yang telah memberi sumbangan kepada program ini..Terima kasih!!